BMAI Melancarkan GCARBON TURBO 4, Kasut Larian Untuk Pelari Marathon
Lina Rosli
BMAI memperkenalkan GCARBON TURBO 4, kasut larian marathon berplat karbon terbaharunya yang direka khusus untuk para atlet, pacer dan pelari jarak jauh.
Bagi yang tidak mengetahui, kasut ini menggabungkan plat karbon T1000 dengan busa superkritikal nilon BoomMAX Evonik yang dinaik taraf.

Gabungan tersebut membantu memberikan tindak balas yang lebih pantas ketika kaki mendarat dan menolak ke hadapan.
Berbanding model sebelumnya yang menggunakan plat karbon T700, GCARBON TURBO 4 hadir dengan plat T1000 yang direka untuk menghasilkan bounce yang lebih responsif. Tapak tengah kasut juga dibuat lebih lebar bagi memberikan sokongan dan kestabilan ketika berlari.

Selain itu, reka bentuk kasut ini juga dilengkapkan bahagian atas woven mesh untuk pengudaraan serta tapak luar Cast PU yang memberikan cengkaman di permukaan jalan.
Dengan berat sekitar 135g untuk saiz 37 dan 172g untuk saiz 41, GCARBON TURBO 4 ini sesuai untuk kegunaan pelari yang mengejar masa marathon bawah 3 jam 30 minit. Ia juga boleh digunakan untuk latihan pada rentak perlumbaan.

BMAI Perkukuh Penglibatan Dalam Komuniti Larian
Pelancaran kasut baharu ini turut disertai beberapa inisiatif BMAI untuk menyokong komuniti larian Malaysia.
BMAI Malaysia kini bekerjasama dengan 12 atlet daripada pelbagai disiplin larian dan sukan ketahanan.

Bukan itu sahaja, BMAI juga turut memperkenalkan “Road to KLSCM” PB Program yang menghimpunkan 30 atlet elit, pencipta kandungan larian dan pelari komuniti.
Bagi yang tidak mengetahu, kini, BMAI mempunyai tiga BMAI Runner House di Kepong, Setapak dan Seberang Jaya. Dan jenama ini merancang untuk memperluaskan kehadirannya ke Johor Bahru dan kawasan Pantai Timur.

BMAI juga menyasarkan untuk bekerjasama dengan sekitar 200 kelab larian di seluruh Malaysia menerusi aktiviti seperti sesi latihan, larian komuniti dan program berkaitan larian.
Untuk atlet elit, Elite Athlete Program BMAI menyediakan kelengkapan larian, sumber latihan serta peluang mengikuti kem latihan selama dua hingga tiga minggu di China.

Harga BMAI GCARBON TURBO 4
Untuk anda yang berminat, BMAI GCARBON TURBO 4 kini dijual pada harga RM629.
Namun terhad untuk minggu pertama pelancaran, kasut ini ditawarkan pada harga RM499 menerusi kedai atas talian rasmi BMAI dan peruncit sah terpilih.


Bukan itu sahaja, pada minggu pertama pelancaran juga, untuk pembelian melalui akaun rasmi BMAI Malaysia di Shopee atau TikTok turut, pelanggan akan menerima sepasang stokin larian BMAI bernilai RM39 secara percuma.