PUMA Suede Hadir Dalam 3 Warna Baharu – Dijual Pada Harga RM439
Lina Rosli
Baru-baru ini, PUMA dilihat hadir dengan koleksi terbaru mereka iaitu Suede Forever – yang mana ia hadir dengan tiga pilihan warna baharu, iaitu Midnight Petrol, Kona Brown dan Silver Fog.

Masih mengekalkan siluet klasik yang menjadi identiti PUMA Suede, koleksi ini memberikan nafas baharu menerusi pilihan warna dan material suede yang memberikan penampilan lebih santai untuk kegunaan harian.
Ketiga-tiga warna baharu ini hadir dengan kemasan suede yang lembut dan bertekstur, direka untuk memberikan penampilan yang lebih kasual dan mudah digayakan.
Walaupun hadir dengan pilihan warna baharu, beberapa elemen ikonik PUMA Suede masih dikekalkan.

Antaranya termasuk Formstrip PUMA pada bahagian atas kasut bersama kemasan logo berwarna emas.
Bahagian bawah kasut pula menggunakan tapak getah berwarna gum yang melengkapkan penampilan klasiknya.

Bagi yang berminat, koleksi terbaharu PUMA Suede Forever akan tersedia mulai 1 Oktober 2026 menerusi laman rasmi PUMA dan beberapa kedai PUMA terpilih pada harga RM439.