bareMinerals Menampilkan Produk Solekan Berasaskan Mineral
Lina Rosli
Bagi sesetengah wanita, solekan bukan sekadar untuk menutup cela pada wajah.
Produk yang digunakan juga boleh membantu menjaga kelembapan kulit dan memberikan kemasan yang lebih segar tanpa membuatkan wajah kelihatan terlalu tebal.
Konsep ini menjadi asas kepada bareMinerals sejak tahun 1995 apabila pengasasnya, Leslie Blodgett, memperkenalkan solekan berasaskan mineral dengan idea bahawa solekan juga boleh memberikan manfaat kepada kulit.

Kini, pendekatan tersebut diteruskan menerusi konsep “More Than Makeup”, yang menggabungkan solekan dengan formula yang lebih mengambil kira keperluan kulit.
Untuk rutin asas solekan, bareMinerals menawarkan rangkaian produk yang merangkumi langkah menyediakan kulit, meratakan tona, menetapkan solekan dan menambah warna pada wajah.
bareMinerals PRIME TIME Hydrate & Glow Primer — RM163
Rutin boleh dimulakan dengan PRIME TIME Hydrate & Glow Primer, primer bertekstur ringan seperti serum yang membantu memberikan kelembapan serta kemasan lebih berseri pada kulit.
Menurut bareMinerals, formulanya dapat meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 42%, selain membantu kulit kelihatan lebih anjal, licin dan cerah.

Ia turut mengandungi ekstrak epal untuk membantu melembapkan dan memberikan efek kulit lebih anjal, manakala Luminous Micas membantu menghasilkan kemasan bercahaya.
Primer ini juga membantu memanjangkan ketahanan solekan sehingga 24 jam dan hadir dalam formula vegan, bebas kekejaman terhadap haiwan serta paraben.
bareMinerals COMPLEXION RESCUE Tinted Moisturizer — RM195
Bagi yang mahukan solekan lebih ringan, COMPLEXION RESCUE Tinted Moisturizer with Hyaluronic Acid and Mineral SPF 30 menggabungkan pelembapan, perlindungan matahari dan sapuan warna ringan dalam satu produk.
Formula ini memberikan kelembapan sehingga 24 jam dan menurut ujian klinikal, membantu meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 215% selepas satu minggu penggunaan.

Ia juga menawarkan perlindungan matahari SPF 30 berasaskan mineral, selain boleh dibina secara berperingkat untuk membantu meratakan tona kulit, mengaburkan penampilan ketidaksempurnaan dan memberikan kemasan dewy.
bareMinerals ORIGINAL Mineral Veil Setting Powder — RM185
Selepas solekan, ORIGINAL Mineral Veil Setting Powder boleh digunakan untuk menetapkan produk pada wajah sambil membantu mengawal lebihan minyak.
Bedak tabur tanpa talkum ini mempunyai tekstur ringan dan membantu mengaburkan penampilan liang pori serta garis halus, menghasilkan kemasan lembut seakan efek penapis tanpa membuatkan solekan terasa berat.
Formulanya turut diuji oleh pakar dermatologi, bersifat hipoalergenik dan tidak menyumbat pori, selain vegan serta bebas kekejaman terhadap haiwan.

bareMinerals GEN NUDE Powder Blush — RM140
Untuk melengkapkan solekan, GEN NUDE Powder Blush memberikan warna pada pipi dengan kemasan yang lebih semula jadi.
Pemerah pipi tanpa talkum ini mengandungi mineral yang memantulkan cahaya untuk membantu kulit kelihatan lebih cerah dan segar. Warnanya juga boleh dibina daripada sapuan ringan sehingga lebih menyerlah, selain mudah diratakan pada kulit.

Kesemua produk ini mencerminkan pendekatan “More Than Makeup” yang dibawa bareMinerals, iaitu menghasilkan solekan yang bukan sahaja memberikan kemasan pada wajah tetapi turut mengambil kira aspek penjagaan kulit.
Daripada primer yang membantu memberikan kelembapan, pelembap berwarna dengan perlindungan SPF, bedak untuk kemasan lebih sekata hinggalah pemerah pipi untuk menambah seri, rangkaian ini direka untuk menghasilkan penampilan yang lebih segar tanpa perlu menutup ciri semula jadi kulit.