Putrajaya Marriott Hotel Hidupkan Suasana Formula 1 Dengan Pelbagai Pengalaman Menarik

September 28, 2026
Hotel & Pelancongan

Lina Rosli

Kehangatan Formula 1 kembali dirasai di Malaysia apabila Putrajaya Marriott Hotel turut menghidupkan suasana perlumbaan menerusi pelbagai pengalaman khas sepanjang minggu perlumbaan.

Berlangsung dari 28 September hingga 4 Oktober 2026, hotel yang terletak sekitar 30 minit dari Sepang International Circuit ini menampilkan beberapa tarikan bertemakan Formula 1 untuk dinikmati tetamu.

Antaranya, pameran kereta F1 mini, dekorasi bertemakan perlumbaan serta pilihan sajian istimewa di beberapa restoran.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke hotel, tetamu akan disambut dengan replika kereta F1 mini yang dipamerkan di ruang lobi.

Elemen bertemakan perlumbaan turut menghiasi beberapa kawasan hotel bagi memberikan suasana lebih dekat dengan kemeriahan minggu Formula 1, khususnya buat mereka yang datang ke Sepang untuk menyaksikan perlumbaan.

Selain suasana perlumbaan, beberapa destinasi makanan dan minuman di Putrajaya Marriott Hotel turut menawarkan menu serta pengalaman khas sepanjang tempoh tersebut.

Lima Pilihan Sajian Untuk Minggu Formula 1

Bagi melengkapkan suasana minggu perlumbaan, beberapa destinasi makanan dan minuman di Putrajaya Marriott Hotel turut menyediakan pilihan sajian yang sesuai untuk dinikmati sebelum atau selepas ke litar.

Di d’Oracle Coffee Lounge, tetamu boleh memulakan hari dengan pilihan minuman panas bersama sajian ringkas.

Ia terletak betul-betul di lobi utama hotel ini, yang mana ia sesuai untuk mereka yang mahu mendapatkan sedikit tenaga sebelum meneruskan aktiviti sepanjang hari, termasuk menuju ke Sepang International Circuit.

Sementara itu, Zest menawarkan pilihan yang lebih mengenyangkan menerusi bufet yang menampilkan makanan laut premium, stesen masakan secara langsung serta pelbagai hidangan antarabangsa.

Dengan pilihan yang lebih pelbagai, tetamu boleh menikmati hidangan mengikut citarasa masing-masing dalam suasana santai.

Bagi penggemar masakan Jepun pula, Midori menyediakan pengalaman omakase yang menampilkan hidangan Jepun yang disediakan dengan teliti.

Pilihan ini sesuai untuk tetamu yang mahu menikmati hidangan dalam suasana lebih eksklusif selepas seharian mengikuti kemeriahan minggu perlumbaan.

Summer Palace pula menawarkan pengalaman berbeza menerusi hidangan Kantonis lima sajian.

Menu ini boleh menjadi pilihan untuk mereka yang mahu menikmati hidangan yang lebih lengkap dan santai selepas menghabiskan masa di litar.

Untuk melengkapkan hari, Lobby Lounge menyediakan pilihan koktel dan kudapan bersama hiburan secara langsung.

Suasana di sini membolehkan tetamu berehat sambil meneruskan kemeriahan minggu perlumbaan sebelum malam berakhir – di samping menikmati tayangan terus skrin besar.

Nikmati Lima Pengalaman Dalam Satu Pakej

Buat tetamu yang mahu mencuba kesemua pengalaman tersebut, Putrajaya Marriott Hotel turut menawarkan The Ultimate Pit Stop Experience, iaitu pakej makanan dan minuman yang merangkumi lima destinasi F&B di hotel sepanjang minggu perlumbaan.

Pakej ini ditawarkan kepada ahli Marriott Bonvoy pada harga RM888 seorang, yang mana diskaun sebanyak RM512 diberikan (nilai gabungan asal RM1,400 seorang).

Tetamu yang menyertai pakej ini juga akan menerima kad setem koleksi untuk menandakan setiap pengalaman makanan dan minuman yang telah dicuba.

Bagi yang belum menjadi ahli Marriott Bonvoy, pendaftaran boleh dilakukan di hotel untuk menyertai pengalaman tersebut.

Bagi mereka yang masih mahu meneruskan suasana selepas perlumbaan berakhir, Marriott Putrajaya International Convention Centre (MPICC) akan menganjurkan acara AfterBurn, iaitu parti selepas perlumbaan yang menampilkan barisan DJ dan hiburan secara langsung.

Acara ini akan dikendalikan oleh DJ Double D, bersama persembahan daripada DJ Munkyman, JD, Jazzie Jay dan Queen T.

Dengan pelbagai pilihan makanan, minuman, dekorasi bertemakan perlumbaan dan acara selepas perlumbaan, Putrajaya Marriott Hotel tampil sebagai salah satu lokasi untuk menikmati kemeriahan minggu Formula 1 di Malaysia — sama ada sebelum ke litar, selepas perlumbaan atau sekadar mahu merasai suasana perlumbaan.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, tetamu boleh menghubungi Putrajaya Marriott Hotel menerusi WhatsApp di +6011 5685 5608, emel [email protected] atau talian +603 8949 8888.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd