Lapisan Pâtisserie Sambut Ulang Tahun Kedua Dengan Menu Baharu Dan Promosi Istimewa
Lina Rosli
Lapisan Pâtisserie meraikan ulang tahun kedua dengan memperkenalkan beberapa menu baharu serta promosi istimewa untuk pelanggan sepanjang bulan Oktober ini.
Bersempena sambutan tersebut, pelanggan boleh menikmati promosi beli satu pastri dan dapatkan pastri kedua dengan diskaun 50% pada 4 Oktober 2026 di semua cawangan Lapisan Pâtisserie seluruh Malaysia.
-819x1024.jpeg)
Selain pastri, Lapisan Pâtisserie turut memperkenalkan dua minuman baharu yang mengambil inspirasi daripada kuih tradisional tempatan dengan sentuhan moden.
Tepung Pelita Matcha Latte (RM14.20) menggabungkan rasa matcha bersama aroma pandan dan tekstur berkrim daripada kelapa – yang mana ia diinspirasikan daripada kuih tepung pelita.
Sementara itu, Kaswi Espresso Fizz (RM13.80) menampilkan gabungan rasa pandan dan gula melaka bersama espresso serta sentuhan berkarbonat.

Kedua-dua minuman baharu ini boleh didapati di semua cawangan Lapisan Pâtisserie untuk makan di kedai dan bawa pulang, tertakluk kepada ketersediaan stok.
Selepas dua tahun beroperasi, Lapisan Pâtisserie terus meneroka idea baharu dengan menghasilkan pastri dan minuman yang menggabungkan inspirasi tempatan bersama persembahan yang lebih moden.