Domino’s Malaysia Memperkenalkan Cheese & Steak Pizza Dengan Tiga Pilihan Baharu

October 7, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Domino’s Malaysia memperkenalkan rangkaian baharu Cheese & Steak Pizza yang menggabungkan rasa daging stik, sos keju panggang dan pelbagai pilihan topping dalam hidangan pizza.

Rangkaian ini menampilkan tiga pilihan pizza, iaitu Cheese & Steak Beef Signature, Cheese & Steak Chicken Deluxe dan Cheese & Steak Chicken Classic.

Untuk Cheese & Steak Beef Signature, ia menampilkan brisket daging lembu salai bersama bawang, lada hijau dan cendawan, dilengkapkan dengan sos keju panggang.

Manakala Cheese & Steak Chicken Deluxe pula menggabungkan kepingan stik ayam panggang, bawang, lada hijau dan tomato ceri bersama sos keju panggang – selain turut menampilkan rasa salai pada hidangan.

Sementara itu, Cheese & Steak Chicken Classic menampilkan kepingan stik ayam panggang, sosej ayam dan bawang dan dipadankan dengan sos keju panggang

Pelanggan turut boleh memilih Crunchy Cheddar Crust dengan bayaran tambahan RM3 untuk pizza Regular atau RM5 untuk Large.

Selain pizza, Domino’s turut menawarkan Cheesy Beef Loaded Fries dan Cheesy Chicken Loaded Fries, masing-masing dengan brisket daging lembu berasap atau kepingan ayam panggang, bersama sos keju nacho.

Dalam kempen baharu ini, Domino’s Malaysia turut melantik personaliti gastronomi Malaysia, Adrian atau Mr POV, sebagai Chief Cravings Officer (CCO).

Rangkaian Cheese & Steak Pizza ditawarkan untuk masa terhad di semua cawangan Domino’s Pizza di Malaysia. Pelanggan boleh membuat pesanan melalui laman web atau aplikasi Domino’s, atau terus berkunjung ke mana-mana cawangan Domino’s.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd