Secret Recipe Menampilkan Kek Lobak Baharu – Kolaborasi Bersama BlueBean

October 8, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Secret Recipe memperkenalkan kek lobak baharu dalam saiz kek penuh 6 inci, lengkap dengan hiasan coklat berbentuk lobak merah 3D yang memberikan penampilan lebih menarik.

Menariknya, pelancaran ini turut menampilkan kolaborasi bersama artis tempatan BlueBean yang terkenal dengan karakter comel dan gaya ilustrasi yang unik.

Sentuhan tersebut diterapkan pada rekaan kek bagi memberikan elemen lebih ceria kepada pencuci mulut klasik ini.

Kek lobak baharu ini menampilkan kek span lobak merah yang lembut bersama kacang walnut, dilapisi krim keju dan dihiasi serbuk biskut serta hiasan coklat berbentuk lobak merah.

Selain menikmati kek secara potongan, pelanggan juga boleh memilih saiz kek penuh untuk dikongsi bersama keluarga atau rakan.

Bagi yang berminat, kek ini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di seluruh negara – harga yang ditawarkan bermula RM13.50 untuk satu potongan atau RM98 untuk kek penuh.

Sementara itu, harga di untuk pelanggan di Langkawi ialah RM12.75 untuk satu potongan atau RM92.45 untuk kek penuh.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli kek lobak ini sama ada secara potongan atau kek penuh, turut berpeluang menerima set pelekat eksklusif BlueBean mulai 19 Oktober 2026.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi laman web rasmi Secret Recipe.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd