Coway Buka Kedai BEREX Pertama di Asia Tenggara Di Ombak KLCC Mall

October 9, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Coway Malaysia secara rasmi membuka Kedai Coway BEREX pertama di Asia Tenggara di Ombak KLCC Mall, Kuala Lumpur.

Kedai konsep ini menawarkan pengalaman baharu kepada pengunjung untuk meneroka rangkaian produk kesejahteraan dan gaya hidup Coway dalam ruang berkonsepkan kediaman moden.

Berteraskan konsep Unlock Better Living, kedai ini direka untuk membolehkan pengunjung melihat dan mencuba sendiri produk Coway, selain memahami bagaimana teknologi serta reka bentuk boleh meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan di rumah.

Coway BEREX pada asalnya diperkenalkan sebagai jenama yang memfokuskan penyelesaian tidur dan kesejahteraan. Kini, jenama ini berkembang dengan menawarkan pengalaman pembelian premium yang menggabungkan teknologi dan reka bentuk moden.

Kedai konsep di Ombak KLCC Mall menghimpunkan rangkaian produk BEREX bersama pelbagai penyelesaian gaya hidup Coway, termasuk kategori kelengkapan tidur, udara, air dan keselesaan rumah.

Melalui ruang pameran berkonsepkan kediaman, pengunjung berpeluang menerokai sendiri produk yang ditawarkan serta melihat bagaimana setiap penyelesaian boleh melengkapi keperluan harian mereka.

Pembukaan kedai ini turut mencerminkan usaha Coway untuk menjadikan kesejahteraan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian, dengan memberi perhatian kepada rehat, keselesaan dan persekitaran kediaman yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan inovasi Coway, layari laman web rasmi Coway Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd