UNIQLO x JW ANDERSON Melancarkan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2026 Pada 16 Oktober Ini

October 9, 2026
Fesyen

Lina Rosli

UNIQLO bakal melancarkan koleksi kolaborasi bersama pereka fesyen British JW ANDERSON untuk musim luruh dan musim sejuk 2026 pada 16 Oktober 2026.

Koleksi ini menggabungkan inspirasi daripada dunia teater dan budaya akademik dengan gaya klasik yang diberikan sentuhan moden.

Menampilkan perincian vintaj, pilihan warna menarik dan rekaan praktikal, koleksi ini menawarkan pakaian yang sesuai digayakan untuk pelbagai aktiviti harian.

Antara item utama dalam koleksi ini ialah Short Blouson dengan potongan pendek serta siluet santai yang sesuai untuk gaya tanpa mengira jantina.

Bagi wanita, Padded Short Jacket tampil dengan rekaan berisi dan potongan moden yang mengutamakan keselesaan.

Koleksi pakaian rajut turut merangkumi baju sejuk leher V dan vest leher bulat dalam pelbagai pilihan warna serta corak yang menyerlah.

Untuk gaya yang lebih santai, koleksi lelaki menampilkan Windproof Fleece Jacket, manakala koleksi wanita merangkumi Fleece Short Blouson yang selesa dan mudah dipadankan dengan pakaian lain.

Bagi melengkapkan gaya musim luruh dan musim sejuk, koleksi ini turut menawarkan Pleated Skirt dengan potongan asimetri yang memberikan pergerakan lebih menarik. Pilihan aksesori seperti stoking, skaf, beanie dan beg turut melengkapkan rangkaian koleksi ini.

Bagi yang berminat, berikut ialah julat harga bagi koleksi ini:

KategoriHarga
Pakaian luarRM179.90–RM349.90
KemejaRM129.90–RM149.90
Pakaian rajutRM149.90–RM199.90
Seluar dan skirtRM149.90
AksesoriRM129.90–RM199.90

Untuk melihat koleksi penuh, layari laman rasmi UNIQLO x JW ANDERSON.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd