Belanjawan 2027: DBKL Bakal Bina Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Sepanjang 22 Kilometer Di Kuala Lumpur

October 9, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Pada hari ini, menerusi Belanjawan Malaysia 2027, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan yang mana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 22 kilometer.

Laluan ini bakal menghubungkan beberapa mercu tanda utama di ibu negara, termasuk Masjid Negara, Dataran Merdeka dan juga Pasar Seni.

Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk memudahkan pergerakan pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur, khususnya untuk mereka yang ingin berkunjung ke lokasi tumpuan tanpa perlu bergantung kepada kenderaan.

Selain menghubungkan mercu tanda utama, laluan berbumbung turut dibina bagi menghubungkan kawasan kediaman rakyat dengan premis perniagaan, sekolah, klinik dan stesen pengangkutan awam.

Bukan itu sahaja, Kerajaan Malaysia turut akan menyediakan kemudahan buggy bagi membantu pergerakan pengunjung di beberapa lokasi tumpuan pelancongan dan rekreasi di Kuala Lumpur.

Antara lokasi yang terlibat termasuk Tugu Negara, Taman Botani dan Carcosa Seri Negara.

Kemudahan ini khususnya dapat membantu warga emas serta pengunjung yang memerlukan bantuan untuk bergerak di kawasan berkenaan.

Liputan Belanjawan 2027 di Tajria disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd