Belanjawan 2027: Geran RM5,000 Untuk PMKS Mohon Sijil Halal Kali Pertama

October 9, 2026
belanjawan 2027

Lina Rosli

Menerusi Belanjawan 2027 juga, Kerajaan Malaysia turut mengumumkan akan menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang ingin mendapatkan pensijilan halal buat kali pertama.

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu para usahawan mendapatkan pensijilan halal bagi produk mereka – selain truut membuka peluang untuk menembusi pasaran yang lebih luas.

Selain geran padanan, kerajaan turut akan menyediakan geran antara RM25,000 hingga RM34,000 untuk PMKS bagi memperkasakan sektor kosmetik dan farmaseutikal halal di Malaysia.

Liputan Belanjawan 2027 di Tajria disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd