Belanjawan 2027: Pemandu Mabuk Bakal Diwajibkan Bayar Pampasan Kepada Mangsa Kemalangan
Lina Rosli
Menerusi Belanjawan 2027 juga, Kerajaan Malaysia turut akan meminda Akta Pengangkutan Jalan yang mana bergerak ke hadapan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah diwajibakan membayar pampasan kepada mangsa yang terlibat.
Selain itu, sistem telematik juga akan diwajibkan untuk dipasang pada kenderaan perdagangan bagi memastikan had kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko.

Menurut kerajaan, sistem berkenaan dirancang akan dihubungkan dengan alat pengesan alkohol bagi memastikan keadaan pemandu diperiksa sebelum memulakan perjalanan.
Pelaksanaan secara sukarela akan diteruskan sehingga 2027.
Liputan Belanjawan 2027 di Tajria disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.