Belanjawan 2027: Program BuAi Sasar 2,000 Pasangan Untuk Rawatan Kesuburan Mampu Milik
Lina Rosli
Kerajaan Malaysia mengumumkan yang mana Program BuAi diperkenalkan bagi menawarkan rawatan kesuburan mampu milik kepada 2,000 pasangan di Malaysia – menerusi perbentangan Belanjawan 2027.
Bukan sekadar itu, program berkenaan turut menyediakan perkhidmatan kesejahteraan kepada 42,000 individu bagi memperluas akses kepada penjagaan kesihatan reproduktif.

Dalam usaha mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan talasemia major, kerajaan juga akan memperluas saringan talasemia percuma kepada suami dan anak kepada individu pembawa talasemia.
Langkah ini bertujuan membantu mengesan risiko pewarisan penyakit lebih awal, sekaligus membolehkan pasangan mendapatkan maklumat dan membuat perancangan keluarga yang lebih baik.
Liputan Belanjawan 2027 di Tajria disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.