Belanjawan 2027: Tahun Melawat Malaysia Dilanjutkan Sehingga Tahun 2027

October 9, 2026
Hotel & Pelancongan

Lina Rosli

Dalam Belanjawan 2027 juga, Kerajaan Malaysia turut menyatakan yang mana Tahun Melawat Malaysia akan dilanjutkan sehingga tahun 2027 – dan akan memperuntukkan sebanyak RM935 juta untuk sektor pelancongan dan budaya.

Menerusi peruntukan ini, geran galakan akan disediakan kepada penggiat industri untuk mempromosikan serta menganjurkan acara pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Malaysia.

Bukan sekadar itu, kemudahan pelancongan akan dipertingkatkan dan dinaiktaraf di beberapa kawasan dan tapak warisan yang berpotensi mendapat pengiktirafan UNESCO.

Antara lokasi yang diberi perhatian ialah Danum Valley di Sabah, Lembah Bujang di Kedah dan Taman Negara Pahang.

Dalam sektor budaya pula, kerajaan akan menyemarakkan seni dan warisan menerusi penganjuran Festival Budaya sempena Sukan SEA, selain menyokong penggiat tempatan dalam bidang kraf tangan, tenunan dan batik.

Liputan Belanjawan 2027 di Tajria disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd