Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah Kelayakan Cuti Bersalin Kepada 490 Hari

October 9, 2026
Famili

Lina Rosli

Dalam Belanjawan 2027 juga, kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan – iaitu daripada 360 hari kepada 490 hari.

Melalui pengumuman ini, ia menjadikan kelayakan cuti bersalin ditingkatkan kepada 98 hari bagi setiap kelahiran.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada kebajikan ibu bekerja dan kemudahan penjagaan anak, sekaligus membantu menyokong keperluan keluarga dalam kalangan penjawat awam.

Liputan Belanjawan 2027 di Tajria disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd