Belanjawan 2027: My50 Diteruskan, MyKomuter50 Bakal Diperkenalkan
Lina Rosli
Kerajaan Malaysia mengumumkan yang mana kemudahan pas perjalanan My50 akan diteruskan untuk pengguna bas dan rel kendalian Prasarana di Lembah Klang.
Dalam Balanjawan 2027 juga, kerajaan turut menyatakan yang mana mereka turut akan memperkenalkan pas MyKomuter50 – yang merupakan pas untuk pengguna KTM Komuter di Malaysia.

Menerusinya, purata kos perbelanjaan pengguna KTM Komuter selepas ini boleh dijimatkan sehingga RM160 sebulan.
Dalam pada itu juga, pas perjalanan percuma turut disediakan kepada 360,000 penerima yang merangkumi murid sekolah, komuniti orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia bawah enam tahun.
Liputan Belanjawan 2027 di Tajria disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.