ZUS Coffee Memperkenalkan 7 Minuman Baharu Menerusi Siri Kelapa

October 12, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

ZUS Coffee memperkenalkan Siri Kelapa yang menampilkan tujuh pilihan minuman baharu berasaskan kelapa, daripada gabungan air kelapa dengan matcha hingga minuman kopi yang menggunakan susu kelapa.

Siri ini mengetengahkan penggunaan air kelapa Thailand 100% serta susu kelapa untuk menghasilkan pilihan minuman dengan rasa dan tekstur yang berbeza.

Ia turut menawarkan alternatif kepada pelanggan yang ingin menikmati kelapa dalam bentuk selain air kelapa biasa.

Antara pilihan yang ditawarkan ialah Matcha Cloud Coconut Water (RM11.90), yang menggabungkan air kelapa dengan lapisan matcha berkrim, serta Buttercrème Coconut Water (RM11.20), yang menggabungkan air kelapa dengan krim mentega untuk menghasilkan rasa yang lebih berkrim.

Bagi penggemar kopi, Coconut Americano (RM8.90) menggabungkan espresso dengan air kelapa untuk memberikan rasa kopi yang lebih menyegarkan. Sementara itu, Coconut Café Latté (RM10.90) menggunakan susu kelapa bagi menghasilkan gabungan espresso dengan tekstur yang lembut dan berkrim.

Siri ini turut merangkumi Mango Coconut (RM11.20), yang mengetengahkan gabungan rasa mangga dan kelapa, serta Chococo Latté (RM13.90), yang menggabungkan kemanisan coklat, kepahitan espresso dan kelemakan susu kelapa.

Satu lagi pilihan ialah Coconut Crush (RM13.90), yang menampilkan pilihan ais kisar untuk minuman kelapa berkrim – memberikan pengalaman menikmati kelapa dengan tekstur yang lebih menyegarkan.

Bagi yang berminat, siri Kelapa ZUS Coffee telahpun ditawarkan di beberapa lokasi terpilih – dan bakal hadir di cawangan Malaysia Timur pada masa akan datang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd