NEXAL Pad Dilancarkan di Malaysia, Tablet 10,000mAh Ini Dijual Pada Harga RM1,099

October 13, 2026
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Baru-baru ini, NEXAL telahpun hadir dengan beberapa pilihan produk kepada pengguna iaitu NEXAL Pad – yang mana ianya kini rasmi dilancarkan di Malaysia pada harga RM1,099.

Khusus untuk anda yang sedang mencari peranti mudah alih untuk dibawa ke luar, tablet ini direka untuk pengguna yang mahu bekerja, belajar dan menikmati hiburan ketika berada di mana-mana sahaja.

Dari segi paparan, tablet ini menggunakan skrin 11 inci dengan resolusi 2.5K yang sesuai untuk membaca dokumen, menonton video dan melakukan kerja.

Untuk kegunaan sepanjang hari, bateri berkapasiti 10,000mAh disediakan bersama sokongan pengecasan pantas 33W.

Kapasiti ini membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan tanpa perlu terlalu kerap mencari sumber kuasa.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sokongan Wi-Fi dan LTE yang mana memberikan lebih banyak pilihan untuk penggunna mengakses internet – sama ada ketika bekerja di kafe atau di dalam perjalanan.

Dari segi prestasi, peranti ini dikuasakan cip MediaTek Helio G200, dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Bukan itu sahaja, NEXAL Pad turut didatangkan bersama papan kekunci dan alat produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu pengguna menguruskan tugasan harian dengan lebih mudah.

Bagi yang berminat, tablet ini hadir dalam pilihan warna Obsidian Grey dan Aurora Green.

Untuk mendapatkannya, NEXAL Pad telahpun mula dijual melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd