NEXAL Watch Sport Dan NEXAL Watch Dilancarkan Pada Harga Bermula RM399
Lina Rosli
NEXAL turut menawarkan dua model jam tangan pintar di Malaysia, iaitu NEXAL Watch Sport dan NEXAL Watch.
Kedua-dua model ini melengkapi rangkaian peranti pintar NEXAL yang turut merangkumi tablet NEXAL Pad dan fon telinga NEXAL Earbuds.

Untuk model NEXAL Watch biasa, ia dilengkapi dengan ciri menarik seperti penawaran lebih 100 pilihan mod sukan, ketahanan bateri sehingga 30 hari, rekaan yang rugged dan juga saiz skrin sebesar 1.48-inci AMOLED.

Manakala untuk model NEXAL Watch Sport pula, ia menampilkan ciri penjejak kesihatan 24 jam, penjejak GPS dan juga mempunyai lebih 170 pilihan mod sukan.


Bagi yang berminat, kedua-dua jam tangan pintar ini sudah tersedia di Malaysia menerusi Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pengguna juga boleh mendapatkannya di kedai pengedar sah terpilih.
NEXAL Watch ditawarkan pada harga RM399, manakala NEXAL Watch Sport dijual pada harga RM599.