Dr. Morita Hadir Dengan Dua Topeng Kepingan Baharu – Vit+ Peptide Renewal Mask Dan B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask.
Lina Rosli
Baru-baru ini, sebuah jenama kecantikan, Dr. Morita tampil dengan dua topeng kepingan (sheet mask) wajah baharu di Malaysia, iaitu Vit+ Peptide Vitamin Collagen Peptide Renewal Mask dan B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask.
Kedua-dua produk ini menawarkan formulasi berbeza untuk memenuhi keperluan penjagaan kulit, sama ada untuk membantu kulit kelihatan lebih anjal atau mengekalkan kelembapan serta menenangkan kulit.

Diperkenalkan menerusi kempen Dr. Morita Power Duo for Youthful, Calm & Radiant Skin, kedua-dua topeng kepingan ini hadir dalam bentuk helaian yang mudah digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan wajah harian.
Vit+ Peptide Vitamin Collagen Peptide Renewal Mask hadir dalam bungkusan berwarna merah jambu dengan gabungan retinol berkapsul, dua jenis kompleks kolagen dan dua jenis peptida.
Formulasi ini direka untuk membantu memperbaiki penampilan tekstur kulit supaya kelihatan lebih licin dan anjal, khususnya bagi kulit yang kelihatan letih atau kehilangan keanjalan.

Sementara itu, B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask ditawarkan dalam bungkusan berwarna ungu. Produk ini menggabungkan vitamin B3 (niacinamide), vitamin B5 (panthenol) dan CICA, iaitu ekstrak Centella asiatica.
Menurut Dr. Morita, Niacinamide membantu menjadikan kulit kelihatan lebih licin dan berseri, manakala panthenol membantu mengekalkan kelembapan. CICA pula membantu menenangkan kulit serta menyokong penjagaan lapisan pelindung kulit.

Kedua-dua produk ini mengandungi 30g esen bagi setiap helaian, dengan tiga helaian yang dibungkus secara berasingan dalam setiap kotak.
Untuk menggunakannya, bersihkan wajah terlebih dahulu dan pakai masker selama 10 hingga 15 minit. Selepas menanggalkannya, urut perlahan-lahan baki esen pada wajah sehingga meresap.

Bagi yang berminat, Dr. Morita Vit+ Peptide Vitamin Collagen Peptide Renewal Mask dan B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask sudahpun dijual di 765 cawangan Watsons Malaysia.
Setiap helaian dijual pada harga RM12.90, manakala satu kotak yang mengandungi tiga helaian ditawarkan pada harga RM35.90.