Carlo Rino Menampilkan Koleksi Eksklusif Bulan Oktober – Bloo x Matrix Dan Matrix Trunkette
Lina Rosli
Untuk bulan Oktober ini, Carlo Rino dilihat hadir dengan barisan produk baharu menerusi koleksi Bloo x Matrix dan juga Matrix Trunkette.
Koleksi ini menggabungkan corak logogram CR ikonik jenama tersebut dengan reka bentuk moden dan perincian menarik untuk melengkapkan gaya harian wanita.

Bloo x Matrix Tampilkan Beg Dengan Ilustrasi BLOO
Koleksi Bloo x Matrix menampilkan ilustrasi watak BLOO dalam dua rekaan beg, iaitu Box Bag dan Saunter Tote Bag.
Gabungan corak Matrix dengan karakter BLOO memberikan sentuhan lebih ceria kepada aksesori harian.

Bloo x Matrix Box Bag hadir dengan reka bentuk berstruktur dan corak petak berwarna pastel yang dihiasi logogram CR serta ilustrasi anak patung BLOO.
Beg ini turut dilengkapi pemegang atas dan tali panjang boleh tanggal, membolehkan ia dibawa dengan beberapa gaya mengikut kesesuaian.

Bagi mereka yang memerlukan ruang lebih besar, Bloo x Matrix Saunter Tote Bag menawarkan reka bentuk yang lebih luas untuk kegunaan harian.
Diperbuat daripada kanvas bersalut dengan corak logogram CR dan ilustrasi BLOO, beg ini mempunyai pemegang pendek dan panjang untuk pilihan gaya yang berbeza.
Saiznya juga sesuai digunakan ketika ke tempat kerja atau untuk aktiviti hujung minggu.

Matrix Trunkette Tampil Dengan Empat Pilihan Warna
Selain koleksi Bloo x Matrix, Carlo Rino turut memperkenalkan Matrix Trunkette Bag sebagai tambahan baharu kepada koleksi Matrix.
Beg ini menampilkan corak petak berwarna pastel dengan logogram CR ikonik. Reka bentuknya dilengkapi bukaan zip yang memanjang bagi memudahkan pengguna mengakses ruang dalam beg, selain pemegang atas dan tali panjang boleh tanggal.

Matrix Trunkette Bag ditawarkan dalam empat pilihan warna, iaitu Beige, Dark Yellow, Honeysuckle dan Medium Green.
Bagi yang berminat, koleksi ini boleh didapati di butik Carlo Rino terpilih dan menerusi laman web rasmi Carlo Rino.