HOOGA Memperkenalkan Koleksi Wangian Pertama, Tampilkan 20 Pilihan Haruman
Lina Rosli
HOOGA memperkenalkan koleksi wangian premium pertamanya menerusi HOOGA Fine Fragrance – The Rhythm of Life, yang diinspirasikan daripada emosi, pengalaman dan rutin harian.
Koleksi ini menampilkan 20 pilihan wangian yang dibahagikan kepada empat kategori Rhythm Worlds, membolehkan pengguna memilih wangian yang mencerminkan personaliti dan gaya masing-masing.

Menurut HOOGA, wangian bukan sekadar sesuatu yang dipakai, sebaliknya pengalaman yang menemani seseorang dalam kehidupan harian.
Oleh itu, untuk koleksi ini, HOOGA mahu menghasilkan wangian yang menjadi sebahagian daripada identiti pemakainya serta memberi ruang untuk mereka mengekspresikan diri secara lebih peribadi.
Koleksi HOOGA Fine Fragrance ditawarkan dalam dua rangkaian, iaitu Eau de Parfum (EDP) dan Extrait de Parfum (EXP).

Rangkaian EDP merangkumi 12 pilihan wangian yang mengetengahkan aroma lebih lembut dan sesuai untuk kegunaan harian.
Ia ditawarkan dalam saiz 50ml pada harga RM299 dan 100ml pada harga RM419.

Bagi mereka yang menggemari wangian dengan karakter lebih mendalam, rangkaian EXP pula menampilkan 8 pilihan wangian dengan kepekatan lebih tinggi dan aroma yang lebih kaya.
Rangkaian ini ditawarkan dalam saiz 50ml pada harga RM389 dan 100ml pada harga RM549.

Koleksi Wangian Baharu HOOGA Dibangunkan Bersama DSM-Firmenich
Pelancaran HOOGA Fine Fragrance turut menandakan langkah baharu jenama tersebut dalam meneroka peranan wangian sebagai medium untuk mengekspresikan identiti dan membangkitkan emosi.
Koleksi ini dibangunkan dengan kerjasama DSM-Firmenich, syarikat wangian global yang menghimpunkan kepakaran pakar wangian dari Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Gabungan kepakaran antarabangsa dengan falsafah HOOGA yang menekankan ekspresi diri menghasilkan koleksi wangian yang dirancang untuk menjadikan pengalaman menikmati wangian premium lebih mudah diakses oleh pengguna.