infinité Memperkenalkan Rutin Penjagaan Kulit Kepala Dua Langkah Mudah Untuk Atasi Kelemumur

October 15, 2026
Penjagaan Diri

Lina Rosli

Secara umumnya, kira-kira satu daripada dua orang dewasa di seluruh dunia mengalami masalah kelemumur. Walaupun masalah ini biasa berlaku, ia masih jarang dibincangkan secara terbuka.

Kelemumur bukan sekadar masalah kulit kepala yang mengganggu penampilan, malah boleh menjejaskan keyakinan diri. Menyedari keperluan ini, infinité, jenama penjagaan rambut tempatan, memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kulit kepala yang direka untuk membantu menangani masalah kelemumur melalui rutin yang lebih ringkas.

Menerusi konsep Ingredients With Intention, infinité memberi tumpuan kepada penggunaan bahan yang dipilih berdasarkan fungsi dan keperluan kulit kepala.

Pendekatan ini merangkumi rutin dua langkah, iaitu membersihkan kulit kepala menggunakan syampu dan menjaganya secara berterusan dengan serum tanpa bilas.

Dua Langkah Untuk Menjaga Kulit Kepala

Rutin penjagaan rambut lazimnya melibatkan beberapa produk, termasuk syampu, perapi, skrab dan serum. Sebaliknya, infinité menawarkan dua produk utama yang direka untuk membersihkan serta membantu menjaga keadaan kulit kepala.

#1 Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo

Syampu ini dirumus untuk kulit kepala berminyak dan berkelemumur. Selain membantu mengawal kelemumur dan sebum, formulanya turut memberi tumpuan kepada penjagaan lapisan pelindung kulit kepala.

Antara bahan yang digunakan ialah Piroctone Olamine untuk membantu mengawal kelemumur, Tea Tree Oil, Niacinamide, ceramides dan panthenol.

Syampu ini juga dilengkapi bahan perapi, sekaligus mengurangkan keperluan untuk menggunakan perapi secara berasingan mengikut keperluan rambut.

#2 Scalp Renewal Serum

Sebagai langkah kedua, serum tanpa bilas ini direka untuk kegunaan harian bagi membantu mengekalkan kelembapan dan menjaga lapisan pelindung kulit kepala.

Formulanya mengandungi Piroctone Olamine, ceramides, Niacinamide, Hyaluronic Acid dan mentol.

Gabungan bahan ini bertujuan membantu menjaga keadaan kulit kepala, manakala mentol memberikan sensasi segar selepas digunakan.

Serum ini juga direka dengan tekstur ringan dan tidak berminyak. Ia dilengkapi penitis bersukat bagi memudahkan pengguna menyapu produk pada kulit kepala.

Dibangunkan Di Malaysia dengan Sasaran Pasaran Global

Bagi yang tidak mengetahui, infinité dibangunkan dengan sokongan PEMANDU Associates dan PEMANDU Capital, dengan matlamat untuk bermula di Malaysia sebelum berkembang ke pasaran antarabangsa.

Menurut jenama itu, formulanya dibangunkan di makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta dihasilkan mengikut piawaian Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice, GMP).

Melalui rutin dua langkah ini, infinité mengetengahkan pendekatan penjagaan kulit kepala yang lebih ringkas, dengan memberi tumpuan kepada pembersihan dan penjagaan berterusan tanpa perlu menggunakan terlalu banyak produk.

Bagi yang berminat untuk mencuba rangkaian penjagaan kulit kepala infinité, kedua-dua produk ini boleh didapati melalui infinitemy.com atau terus ke kedai atas talian mereka di Shopee dan Tiktok.

Untuk Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo, ia ditawarkan pada harga RM109.00, manakala Scalp Renewal Serum dijual pada harga RM122.00

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd