CHAGEE Melancarkan Dua Minuman Teh Oolong Tembikai Edisi Terhad Di Malaysia

October 16, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Baru-baru ini, CHAGEE dilihat memperkenalkan siri Teh Oolong Tembikai edisi terhad yang dicipta khas untuk pasaran Malaysia.

Siri baharu ini menawarkan dua pilihan minuman, iaitu Watermelon Oolong Milk Tea dan Pistachio Cloud Watermelon Oolong – yang mana ia menggabungkan kemanisan tembikai dengan aroma bunga daripada teh oolong premium.

Untuk Watermelon Oolong Milk Tea (RM13.90), ia hadir dengan gabungan tembikai premium bersama teh oolong Tie Guan Yin yang dipanggang ringan.

Gabungan ini menghasilkan rasa manis buah yang seimbang dengan aroma bunga orkid daripada teh, selain memberikan rasa yang lembut dan menyegarkan. Minuman ini boleh dinikmati dalam pilihan panas atau sejuk dan ditawarkan untuk masa terhad sahaja.

Sementara itu, Pistachio Cloud Watermelon Oolong (RM15.90) menawarkan padanan tembikai premium dan teh oolong Tie Guan Yin bersama apisan krim putar pistachio serta taburan pistachio yang dikisar halus.

Penawaran ini memberikan tekstur lebih berkrim dengan rasa kekacang yang melengkapi kemanisan tembikai. Minuman ini hanya tersedia dalam pilihan sejuk untuk masa terhad.

Melengkapkan Rangkaian Minuman Tembikai CHAGEE

Pelancaran ini turut melengkapkan pilihan minuman tembikai CHAGEE yang sedia ada, termasuk Watermelon Jasmine Tea.

Selain minuman, CHAGEE turut memperkenalkan barangan eksklusif edisi terhad bertemakan Watermelon Palette.

Antaranya ialah Kad Touch ‘N Go CHAGEE Watermelon Palette dan penyedut minuman boleh guna semula Watermelon Palette, yang boleh didapati melalui aplikasi CHAGEE.

Pelanggan juga boleh mendapatkan scrunchie Segi Empat Watermelon Palette melalui pembelian di kedai atau menerusi aplikasi tersebut.

Bagi yang berminat, siri minuman baharu ini telahpun tersedia di seluruh negara mulai 16 Oktober 2026. Siri ini turut hadir dengan pembungkusan rekaan khas bertemakan tembikai.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd