Huda Beauty Melancarkan Bronze Filter Palette Pada Harga RM238
Lina Rosli
Huda Beauty memperkenalkan Bronze Filter Palette, palet bronzer serbuk pertamanya yang menggabungkan empat warna untuk memberikan rona gangsa – sekaligus menyerlahkan kontur wajah dan menghasilkan penampilan sun-kissed.
Ditawarkan pada harga RM238, palet ini hadir dalam lima pilihan tona, iaitu Light, Medium, Tan, Rich dan Ultra Rich.

Setiap palet mengandungi empat warna iaitu:
- Contour untuk membentuk wajah
- True Bronzer untuk memberikan rona gangsa
- Sun-Kissed Bronzer untuk sentuhan rona kemerahan
- Bronzing Melange untuk menambahkan seri pada kulit
Keempat-empat warna ini boleh digunakan secara berasingan atau dicampurkan untuk mendapatkan hasil solekan yang diinginkan.

Formulanya juga mudah diratakan dan boleh disapu secara berlapis untuk menghasilkan kemasan yang sekata.
Bersama pelancaran ini, Huda Beauty turut memperkenalkan Dual-Ended Bronze & Contour Brush pada harga RM175.

Berus dua hujung ini mempunyai bahagian gebu untuk menyapu bronzer pada kawasan wajah yang lebih luas dan hujung tirus untuk aplikasi kontur yang lebih tepat, termasuk pada bahagian hidung.

Untuk mendapatkan penampilan sun-kissed, pengguna boleh mencampurkan keempat-empat warna sebelum menyapunya pada dahi, pipi, hidung dan garis rahang.
Jika mahukan kontur yang lebih jelas, setiap warna boleh disapu secara berperingkat untuk membentuk wajah, menambahkan kehangatan dan memberikan seri pada kulit.