Koleksi Beg Trunkette Carlo Rino Hadir Dalam Enam Pilihan Warna
Lina Rosli
Khusus untuk anda yang sedang mencari beg tangan serba guna, Carlo Rino hadir dengan koleksi beg tangan baharu iaitu Trunkette – yang mana ia menggabungkan reka bentuk moden dengan fungsi praktikal untuk kegunaan harian.
Koleksi ini menampilkan bentuk beg yang tersendiri dengan perincian zip memanjang sebagai elemen utama reka bentuknya.

Beg Trunkette hadir dalam enam pilihan warna, iaitu Brown, Dark Brown, Yellow, Green, Pink dan Medium Grey. Pilihan ini merangkumi rona neutral yang mudah dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian serta warna lebih ceria untuk melengkapkan penampilan harian.
Direka untuk membawa barangan keperluan harian, koleksi ini menawarkan pilihan aksesori yang sesuai untuk pelbagai gaya dan aktiviti.

Bagi yang berminat, koleksi beg Trunkette kini boleh didapati di butik Carlo Rino terpilih di Malaysia – ditawarkan pada harga RM559 sebuah.
Untuk maklumat lanjut, layari www.carlorino.net atau ikuti Carlo Rino di Instagram melalui @carlorino dan TikTok di @carlorino_official.