TOM FORD Ombré Leather Reserve Tampilkan Wangian Dengan Aroma Rempah Dan Kayu
Lina Rosli
TOM FORD BEAUTY memperkenalkan Ombré Leather Reserve, wangian berasaskan nota kulit dan kayu yang diinspirasikan daripada keindahan semula jadi West Texas, Amerika Syarikat.
Wangian ini menggabungkan nota segar tumbuhan aromatik, rempah dan kayu hangat untuk menghasilkan aroma yang mendalam dengan karakter tersendiri.

Menurut TOM FORD BEAUTY, wangian Ombré Leather Reserve menggabungkan aroma segar silver juniper dan cypress dengan sedikit bau pedas daripada lada hitam serta aroma kayu pinyon.
Wangian ini kemudian menampilkan bau kulit hitam yang lebih kuat, diserikan dengan aroma kayu cedar Texas dan cendana yang memberikan sentuhan hangat dan smoky.
Gabungan ini dilengkapkan dengan nota mur, vetiver, olibanum dan benzoin yang menambahkan aroma berunsur kayu dan sedikit manis.
Hasilnya, wangian ini mempunyai gabungan bau segar, rempah dan kulit yang semakin hangat apabila dipakai lebih lama.

Salah satu ciri istimewa wangian ini ialah penggunaan teknologi ScentTrek untuk menangkap aroma silver juniper secara eksklusif.
Teknologi headspace ini membolehkan karakter aromatik tumbuhan tersebut diterjemahkan ke dalam wangian, sekaligus menghasilkan gabungan aroma segar, rempah, kulit dan kayu yang mengingatkan kepada landskap pergunungan Chisos.

Dari segi pembungkusan, Ombré Leather Reserve hadir dalam botol hitam matte dengan kemasan lut sinar yang menyerlah, dilengkapi perincian berwarna platinum. Versi 250ml pula menampilkan plat dan penutup berwarna platinum dengan kemasan serong, serta kolar kulit tiruan hitam.
Harga TOM FORD Ombré Leather Reserve:
- 50ml: RM920
- 100ml: RM1,375
Bagi yang berminat, Ombré Leather Reserve kini boleh didapati di butik TOM FORD BEAUTY, Sephora dan LazMall.