Sunshine Poketto Sandwich Kini Hadir Dengan Perisa Coklat Belgian Dan Mentega Kacang

October 21, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Khusus untuk penggemar sandwic poket dari Sunshine Bakeries, jenama ini dilihat telah memperluas rangkaian Sunshine Poketto Sandwich dengan memperkenalkan dua perisa baharu, Coklat Belgian dan Mentega Kacang.

Bagi yang tidak mengetahui, sebelum ini, Sunshine Poketto Sandwich diperkenalkan dalam empat pilihan perisa, iaitu Strawberi, Tiramisu, Susu Hokkaido dan Mori Apple.

Menerusi pengenalan dua perisa terbaharu ini, ia sekaligus menambah variasi untuk penggemar coklat dan mentega kacang.

Menurut Sunshine Bakeries, perisa Coklat Belgian menampilkan inti coklat yang lembut dengan rasa koko yang pekat. Sementara, perisa Mentega Kacang menawarkan gabungan tekstur berkrim dengan rasa kacang tanah yang lemak dan sedikit masin.

Cara lain untuk menikmatinya selain makan begitu sahaja, anda juga boleh menikmatinya secara panas. Caranya, sandwic ini juga boleh dibakar selama dua hingga empat minit. Kaedah ini memberikan tekstur sedikit rangup pada roti, sambil mengekalkan inti berkrim di dalamnya.

Bagi yang berminat, Sunshine Poketto Sandwich perisa Coklat Belgian dan Mentega Kacang mula ditawarkan untuk masa terhad di pasar raya utama serta kedai serbaneka terpilih di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Perisa Mentega Kacang pula hanya boleh didapati secara eksklusif di 7-Eleven.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd