Nespresso Dan Swarovski Memperkenalkan Mesin Kopi Dengan Hiasan Kristal
Lina Rosli
Baru-baru ini, Nespresso dan Swarovski menampilkan kerjasama dalam menggabungkan kepakaran dalam dunia kopi premium dan seni pertukangan kristal menerusi penawaran koleksi mesin kopi dan juga kapsul kopi edisi terhad.
Koleksi ini menampilkan gabungan warna yang menarik, rekaan mewah dan sentuhan kristal Swarovski, selain menawarkan pelbagai pilihan hadiah untuk penggemar kopi.
Malah, pembungkusannya turut mengambil inspirasi daripada bentuk oktagon dan palet warna ikonik Swarovski, sekaligus memberikan sentuhan elegan kepada koleksi edisi terhad ini.

Penawaran Koleksi Kapsul Edisi Terhad
Antara tarikan utama koleksi ini ialah Festive Crystal Spark Espresso untuk mesin Original dan Festive Crystal Spark Double Espresso untuk mesin Vertuo.
Kedua-dua adunan ini menggabungkan biji kopi Arabika dari Guatemala dan Costa Rica dengan kopi Robusta dari Asia, menghasilkan profil rasa seimbang dengan aroma bijirin dipanggang, koko lembut serta sentuhan karamel dan rempah.

Bagi penggemar kopi berperisa, Nespresso turut memperkenalkan Hazelnut Brownie Flavoured dan Blueberry Cheesecake Flavoured.
Hazelnut Brownie menawarkan gabungan rasa brownie dengan aroma kacang hazel panggang, manakala Blueberry Cheesecake menggabungkan rasa jem beri biru, kek keju dan sentuhan karamel.


Aksesori Dan Mesin Kopi Dengan Sentuhan Swarovski
Koleksi perayaan ini turut merangkumi Advent Calendars Nespresso untuk mesin Original dan Vertuo. Kalendar ini menampilkan pelbagai kapsul kopi untuk diterokai, termasuk pilihan untuk dinikmati bersama insan tersayang serta aksesori eksklusif.

Nespresso juga memperkenalkan Travel Mug dengan kemasan keluli tahan karat berwarna hijau yang dihiasi corak ikonik Swarovski.
Aksesori ini boleh dipadankan dengan Travel Mug Holder yang dihiasi 36 kristal hijau, memberikan sentuhan mewah kepada kelengkapan menikmati kopi ketika dalam perjalanan.

Bagi mereka yang mencari hadiah lebih eksklusif, kolaborasi ini turut menampilkan mesin kopi CitiZ Platinum dengan kemasan kristal Swarovski.
Gabungan teknologi penyediaan kopi Nespresso dan perincian kristal menjadikan mesin ini pilihan buat penggemar kopi yang turut mementingkan reka bentuk dan estetika.

Bagi yang berminat, koleksi musim perayaan Nespresso x Swarovski boleh didapati secara atas talian dan di butik Nespresso bermula 21 Oktober 2026 untuk tempoh terhad.
Item terpilih turut ditawarkan di butik Swarovski terpilih di seluruh dunia. Untuk set bundle yang ditawarkan, anda boleh mendapatkannya pada harga bermula RM1,299 satu set.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi ini, ikuti akaun Instagram rasmi Nespresso menerusi @nespresso.