Skechers GOwalk Glide-Step 2.0 Diperbuat Menggunakan 100% Bahan Vegan, Harga Bermula RM479

October 21, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Skechers memperkenalkan koleksi terbaharu Hands Free Slip-ins: GOwalk Glide-Step 2.0 untuk memberikan keselesaan ketika berjalan dan menjalani aktiviti harian.

Koleksi ini hadir dengan pilihan warna tambahan serta mengekalkan teknologi keselesaan daripada model terdahulu.

Antara ciri baharunya termasuk kusyen busa Skechers Soft Stride yang ringan, tapak luar fleksibel untuk cengkaman dan bahagian atas berjaring dengan teknologi No Tie Fit – turut hadir dengan reka bentuk yang boleh dicuci menggunakan mesin basuh.

Kasut ini juga diperbuat daripada 100% bahan vegan. Selain itu, teknologi Hands Free Slip-ins membolehkan pengguna menyarung kasut dengan mudah tanpa perlu membongkok atau mengikat tali kasut.

Bagi yang berminat, Skechers Hands Free Slip-ins: GOwalk Glide-Step 2.0 dijual pada harga bermula RM479 dan boleh didapati di cawangan Skechers terpilih di seluruh negara serta menerusi laman web rasmi skechers.com.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd