UNIQLO Memperkenalkan 14 Rekaan Sulaman Monchhichi Di RE.UNIQLO STUDIO
Lina Rosli
UNIQLO memperkenalkan 14 rekaan sulaman baharu yang diinspirasikan daripada karakter popular Monchhichi menerusi perkhidmatan RE.UNIQLO STUDIO bermula 23 Oktober 2026.
Koleksi ini membolehkan pelanggan menambah sentuhan peribadi pada pakaian UNIQLO, sama ada pakaian baharu atau yang sudah dimiliki, sekaligus menggalakkan pengguna memanjangkan tempoh penggunaan pakaian mereka.

Sebanyak 14 rekaan ditawarkan, merangkumi pelbagai ekspresi dan gaya Monchhichi serta logo karakter tersebut.
Rekaan terpilih juga boleh disesuaikan menggunakan 19 pilihan warna benang bagi menghasilkan sulaman yang lebih unik.

Bagi yang tidak mengetahui, RE.UNIQLO STUDIO menyediakan perkhidmatan membaiki, mengubah suai dan memperibadikan pakaian untuk membantu pelanggan menikmati pakaian kegemaran mereka lebih lama.
Koleksi sulaman Monchhichi ini boleh didapati mulai 23 Oktober 2026 di RE.UNIQLO STUDIO, UNIQLO The Exchange TRX dan Fahrenheit88.