Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 – Hadir Dengan Promosi Kek Dan Ganjaran Eksklusif

October 23, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bersempena ulang tahun ke-29, Secret Recipe menganjurkan peraduan di media sosial sehingga 31 Oktober 2026. Seramai 29 pemenang berpeluang membawa pulang sebuah kek penuh setiap seorang.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu menjawab empat cabaran foto interaktif yang dikongsikan menerusi Facebook, Instagram dan Threads.

Jawapan perlu ditulis di ruangan komen bersama-sama ID keahlian aplikasi SR Rewards. Pemenang akan diumumkan pada 9 November 2026.

Selain itu, Secret Recipe turut menawarkan promosi Gaji Coming pada 29 Oktober 2026 dengan harga istimewa untuk pelanggan yang ingin menikmati kek bersama keluarga atau rakan-rakan.

Menerusi promosi ini, pelanggan boleh mendapatkan tiga potong kek pada harga RM29 atau empat potong kek pada harga RM37.

Lebih Banyak Ganjaran Dengan Aplikasi SR Rewards

Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli SR Rewards turut menikmati pelbagai ganjaran bulanan dan tawaran istimewa sempena hari lahir, bergantung pada tahap keahlian masing-masing.

Ahli baharu akan menerima pakej alu-aluan yang merangkumi kopi percuma, baucar diskaun 10% dan baucar tunai RM3.

Antara manfaat yang ditawarkan mengikut tahap keahlian ialah:

  • Member: Satu potong kek percuma sempena bulan hari lahir dengan pembelian hidangan utama. Ahli turut menikmati diskaun 25% untuk satu minuman apabila membeli hidangan utama sepanjang tahun.
  • Super Fan: Satu potong kek dan satu minuman percuma dengan pembelian hidangan utama sempena bulan hari lahir. Ahli juga menerima potongan RM5 untuk perbelanjaan minimum RM40 serta diskaun 25% untuk satu minuman dengan pembelian hidangan utama sepanjang tahun.
  • Sweet Elite: Satu potong kek percuma sempena bulan hari lahir, diskaun 10% untuk pembelian kek penuh, potongan RM5 bagi perbelanjaan minimum RM40 dan diskaun 25% untuk satu minuman dengan pembelian hidangan utama sepanjang tahun.

Selain itu, ahli boleh menikmati baucar elektronik terpilih untuk makan di cawangan yang mengambil bahagian. Baucar tersebut menawarkan potongan RM3 untuk semua ahli, RM5 untuk ahli Super Fan dan Sweet Elite, serta RM8 untuk ahli Sweet Elite.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Secret Recipe di www.secretrecipe.com.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd