PIXY Hadir Dengan Koleksi Solekan Baharu Menerusi Siri Airy

October 26, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Baru-baru ini, PIXY Cosmetics telahpun melancarkan siri solekan baharu menerusi rangkaian Airy – yang merupakan rangkaian solekan yang menggabungkan formulasi ringan dengan bahan yang memfokuskan kepada penjagaan kulit.

Untuk pengetahuan anda, koleksi ini direka untuk memberikan hasil solekan yang kelihatan lebih semula jadi – selain turut selesa pada kulit dan sesuai digunakan dalam cuaca panas serta lembap.

Menurut PIXY Cosmetics, siri Airy ini mengandungi bahan seperti asid hyaluronik, niacinamide dan aloe vera. Dengan mengutamakan solekan ringan, kawalan minyak dan keselesaan kulit, siri Airy ini menawarkan pilihan untuk pengguna yang mahukan solekan praktikal bagi rutin harian.

Lima Produk Dalam Siri PIXY Airy

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk-produk dalam siri Airy ini, berikut adalah yang ditawarkan:

  • Airy Hydra Blur Primer – Produk ini membantu menyamarkan penampilan pori dan melicinkan tekstur kulit sebagai asas untuk solekan yang lebih sekata.
  • Airy Serum Skin Tint – Ia diperkaya dengan asid hyaluronik dan niacinamide bagi membantu memberikan litupan ringan dengan kemasan satin yang selesa pada kulit.
  • Airy Blur Fit Loose Powder – Membantu mengawal minyak dan menyamarkan penampilan pori untuk menghasilkan kemasan solekan yang lebih sekata.
  • Airy Serum Cushion Glow – Menawarkan litupan yang boleh dibina mengikut keperluan, dengan kemasan semula jadi yang membuatkan kulit tampak segar dan berseri.
  • Airy Stay Two Way Cake – Memberikan litupan ringan dan tahan lama, dengan formula yang direka untuk kekal selesa dalam cuaca panas dan lembap.

Maklumat lanjut mengenai rangkaian ini boleh didapati di laman web rasmi PIXY Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd