M.A.C Memperkenalkan Studio Radiance Serum-Powered Cushion Foundation, Tawarkan Kemasan Glowing Hingga 12 Jam
Lina Rosli
M.A.C Cosmetics memperkenalkan Studio Radiance Serum-Powered Cushion Foundation SPF50+/PA+++, produk asas solekan berbentuk kusyen yang menggabungkan fungsi solekan dengan bahan penjagaan kulit untuk memberikan kemasan berseri, penghidratan dan keselesaan sepanjang hari.
Diformulasikan dengan tekstur krim yang nipis dan fleksibel, produk ini mudah diratakan pada kulit dan sebati untuk menghasilkan kemasan semula jadi seperti kulit sebenar.

Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan litupan sederhana yang boleh ditambah mengikut keperluan, selain membantu menyamarkan penampilan garis halus dan mengekalkan kulit kelihatan berseri sehingga 12 jam.
Bagi yang berminat, Studio Radiance Serum-Powered Cushion Foundation SPF50+/PA+++ dijual pada harga RM299. Formulanya mengandungi 79% bahan penjagaan kulit, termasuk gliserin, minyak untuk menyerlahkan seri kulit dan emolien.

Menerusinya, ia membantu meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 2.3 kali, sekaligus menjadikan kulit terasa lebih lembap, anjal dan selesa.
Selain itu, formula ringan ini tahan terhadap air, peluh dan kelembapan, menjadikannya sesuai digunakan dalam cuaca tropika Malaysia.

Apa yang menarik juga, ia dibangunkan dengan mengambil kira tona kulit Asia, bedak asas kusyen ini ditawarkan dalam 11 pilihan warna untuk memberikan litupan yang kelihatan semula jadi pada pelbagai tona kulit.
Untuk mendapatkannya, Studio Radiance Serum-Powered Cushion Foundation SPF50+/PA+++ boleh didapati di semua cawangan M.A.C Cosmetics di seluruh negara, serta melalui kedai rasmi jenama itu di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.