seeNI Collective Buka Peluang Kolaborasi Kandungan Bersama Jenama Dan Rakan Industri

October 30, 2026
syarikat

Lina Rosli

Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, kini memperkenalkan seeNI sebagai identiti baharu yang menghimpunkan portfolio jenama medianya di bawah satu ekosistem.

Menerusi pendekatan ini, seeNI turut memperkenalkan seeNI Collective, sebuah inisiatif yang membuka lebih banyak peluang kerjasama dengan jenama, agensi dan rakan industri dalam menghasilkan kandungan bersama.

Melalui seeNI Collective, kekuatan jenama media, bakat kreatif dan kepakaran produksi digabungkan bagi menghasilkan kandungan yang bersesuaian dengan minat serta keperluan khalayak.

Pendekatan ini juga membolehkan kolaborasi dijalankan merentas pelbagai bidang, termasuk fesyen, hiburan, gaya hidup dan kandungan kesihatan.

Antara kerjasama yang diketengahkan ialah dalam bidang fesyen menerusi Fashionably Modest Asia (FMA), dengan penglibatan Andrew Tan yang turut dikenali sebagai penganjur Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

Selain itu, seeNI turut menjalinkan kerjasama dengan TV Sarawak (TVS) dan Novel Karangkraf selain beberapa rakan strategik lain.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi seeNI untuk melangkaui pengiklanan konvensional, sebaliknya menawarkan peluang kepada jenama dan agensi untuk terlibat dalam penghasilan kandungan, penajaan serta kempen yang melibatkan bakat dan komuniti.

Dalam masa sama, seeNI turut memperkenalkan seeNI Talent bagi memadankan bakat yang sesuai dengan keperluan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd