Hijab AIRism UNIQLO Kembali Ditawarkan Pada 6 November Selepas Habis Terjual Di Seluruh Negara

October 30, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Selepas mendapat sambutan hangat sehingga habis terjual sejak pelancaran pertamanya pada Ogos 2026, hijab AIRism UV Protection daripada UNIQLO kembali ditawarkan bermula 6 November ini.

Untuk pengetahuan anda, untuk koleksi ini, UNIQLO menggunakan fabrik AIRism yang ringan dan lembut, hijab ini memberikan rasa sejuk apabila disentuh, sekaligus menawarkan keselesaan ketika dipakai sepanjang hari.

Ia turut dilengkapi ciri menyerap peluh dan cepat kering bagi membantu menguruskan kelembapan, sesuai untuk kegunaan harian dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia.

Bukan itu sahaja, reka bentuk fabrik yang boleh diregangkan pula memberikan lebih kemudahan untuk bergerak serta memudahkan hijab ini digayakan mengikut kesesuaian pakaian.

Selain itu, ia turut menampilkan perlindungan UPF50+ bagi membantu melindungi pemakai daripada sinaran UV ketika melakukan aktiviti di luar.

Bagi yang berminat, UNIQLO Hijab AlRism ini ditawarkan pada harga RM59.90 sehelai.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd