Tahukah Anda? CHAGEE Tawar Tempahan Minuman Khas Untuk Majlis Kahwin, Diskaun Sehingga 20%
Lina Rosli
Tahukah anda bahawa CHAGEE turut menawarkan perkhidmatan pesanan berkumpulan atau Chagee Group Order untuk pelbagai jenis majlis, termasuk kenduri perkahwinan?
Menerusi perkhidmatan ini, pelanggan boleh menempah minuman CHAGEE dalam kuantiti yang lebih besar untuk tetamu, rakan sekerja atau ahli keluarga.

Menariknya, CHAGEE menyediakan tiga pilihan pakej mengikut jumlah minuman yang ditempah.
Untuk tempahan antara 20 hingga 50 cawan, pelanggan boleh memilih Express Package yang menawarkan diskaun 10%. Pakej ini sesuai untuk mesyuarat pejabat, sambutan kecil dan perjumpaan bersama rakan sekerja.

Bagi tempahan antara 51 hingga 100 cawan pula, Silver Package menawarkan diskaun sebanyak 15%. Pakej ini sesuai untuk acara syarikat, sambutan berskala besar dan majlis istimewa.
Sementara itu, pelanggan yang membuat tempahan sebanyak 101 cawan dan ke atas boleh menikmati Gold Package dengan diskaun 20%, khususnya untuk majlis perkahwinan dan acara yang melibatkan lebih ramai tetamu.
Bagi pasangan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan, CHAGEE turut menyediakan pilihan kad kahwin yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.
Untuk membuat tempahan, pelanggan boleh menghubungi CHAGEE melalui WhatsApp menerusi pautan LinkTree di bio rasmi mereka.
Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal sebelum tarikh majlis.

Syarat Tempahan CHAGEE Group Order
Antara syarat yang perlu diketahui sebelum membuat tempahan ialah:
- Tempahan minimum sebanyak 20 cawan.
- Pakej dan manfaat Group Order tertakluk pada ketersediaan serta terma kempen.
- Mulai 19 Oktober 2026, pembungkusan dan kad kahwin khas akan dikenakan caj tambahan.
- Caj penghantaran bergantung pada jarak, lokasi dan kadar penghantaran semasa.
- Perkhidmatan ini tersedia di cawangan CHAGEE terpilih seluruh negara.
- Tempahan melalui CHAGEE APP dan platform O2O tidak termasuk dalam perkhidmatan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej, caj dan tempahan, pelanggan boleh menghubungi khidmat pelanggan CHAGEE melalui WhatsApp.