Village Grocer Kini Dibuka 118 Mall

November 2, 2026
Pusat Beli-Belah

Lina Rosli

Village Grocer kini membuka cawangan terbaharunya di 118 Mall, yang terletak di kaki menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Pembukaan ini menjadi cawangan ke-10 rangkaian pasar raya premium tersebut bagi tahun 2026 dan antara lokasi paling ikonik setakat ini.

Dibuka secara rasmi pada 2 November 2026, Village Grocer 118 Mall menawarkan pengalaman membeli-belah untuk penduduk tempatan, pekerja pejabat dan pelancong yang berkunjung ke kawasan Merdeka 118.

Menariknya, cawangan ini turut mengetengahkan pelbagai produk tempatan bagi memperkenalkan cita rasa Malaysia kepada pengunjung antarabangsa.

Antara pilihan yang ditawarkan termasuk ruang khas untuk hasil tempatan, snek dan keperluan dapur Malaysia.

Pengunjung juga boleh mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang dibawa masuk dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan New Zealand, selain hasil tempatan dari Cameron Highlands.

Selain itu, pasar raya ini menyediakan pilihan daging premium, makanan laut segar, produk eksklusif dari Australia menerusi Woolworths serta bahagian makanan organik dan kesihatan.

Terdapat juga pilihan produk untuk mereka yang mengamalkan diet vegan, keto dan bebas gluten, selain ruang deli yang menawarkan makanan sedia untuk dibawa pulang.

Tawaran Pembukaan Village Grocer 118 Mall

Sempena pembukaan cawangan baharu ini, Village Grocer turut menawarkan beberapa promosi untuk pelanggan dan ahli program kesetiaan BITES dari 1 November hingga 6 Disember 2026.

Antara tawaran yang disediakan ialah baucar bernilai RM60 secara percuma apabila pelanggan berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu resit. Set baucar tersebut mengandungi empat baucar tunai yang boleh digunakan di Village Grocer 118 Mall sahaja.

Ahli BITES juga berpeluang mendapatkan beg membeli-belah boleh lipat eksklusif Village Grocer 118 bersama pouch makanan ikonik Malaysia menerusi tawaran pembelian RM180 dan ke atas dalam satu resit pada 2 November hingga 31 Disember 2026. Terhad kepada 5,000 unit pertama.

    Pelanggan yang belum menjadi ahli boleh mendaftar BITES secara percuma untuk mengumpul mata ganjaran dan menikmati tawaran harga khas ahli. Setiap perbelanjaan RM2 melayakkan pelanggan memperoleh satu mata BITES.

    Dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik, Village Grocer 118 Mall turut melaksanakan inisiatif tanpa beg plastik di kaunter pembayaran. Pelanggan digalakkan membawa beg guna semula sendiri ketika membeli-belah.

    © 2025 Amanz Media Sdn Bhd