7-Eleven Memperkenalkan Biscoff Iced Latte Dan Soft Serve, Harga Bermula RM6.90
Lina Rosli
Khusus untuk peminat Lotus Biscoff, kini anda boleh menikmati dua menu istimewa baharu di CAFé by 7-Eleven iaitu Biscoff Iced Latte dan juga Biscoff Drizzle Soft Serve.
Kedua-dua menu ini mengetengahkan rasa karamel Biscoff dalam dua pilihan, iaitu minuman kopi dan aiskrim.

Untuk Biscoff Iced Latte, ia ditawarkan pada harga RM8.90. Minuman kopi sejuk ini menggabungkan rasa kopi dengan sentuhan manis Biscoff.
Bagi yang lebih gemarkan pencuci mulut, Biscoff Drizzle Soft Serve pula boleh didapati pada harga RM6.90 untuk saiz cawan. Aiskrim lembut ini hadir dengan siraman Biscoff yang memberikan rasa karamel pada setiap suapan.
Kedua-dua menu edisi terhad ini boleh didapati di cawangan CAFé by 7-Eleven sementara stok masih ada. Jangan lupa gunakan aplikasi My7E ketika membuat pembelian untuk mengumpul ganjaran.