Hidangan Santan Kini Boleh Didapati Di Cawangan myNEWS Terpilih

November 2, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

myNEWS dan Santan baru-baru ini mengumumkan kerjasama untuk menawarkan beberapa pilihan hidangan Santan di cawangan myNEWS terpilih.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan kini boleh menikmati hidangan Santan tanpa perlu ke lapangan terbang, dengan harga bermula serendah RM5.50.

Antara pilihan hidangan yang ditawarkan termasuklah Nasi Lemak Rendang Ayam Pak Nasser, Nasi Ayam Uncle Chin, Creamy Tom Yum Seafood Noodles, Malatang Spicy Hot Pot Noodles dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, hidangan ini boleh didapati di myNEWS terpilih sementara stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd