PUMA Dan JD Sports Memperkenalkan Koleksi Bloom Pack – Tampilkan Sentuhan Reben Satin

November 3, 2026
Fesyen

Lina Rosli

PUMA dan JD Sports memperkenalkan Bloom Pack, koleksi eksklusif yang menggabungkan kasut, pakaian dan aksesori dengan sentuhan gaya feminin.

Koleksi ini mula ditawarkan di JD Sports Malaysia pada 2 November 2026, merangkumi tiga rekaan kasut PUMA iaitu Speedcat OG, Speedcat Ballet Nova dan Bella UT.

Menariknya, setiap kasut dalam koleksi Bloom Pack dihiasi reben satin berbentuk ikatan yang memberikan penampilan lebih lembut dan elegan.

Perincian ini menggabungkan identiti sukan PUMA dengan elemen fesyen jalanan yang menjadi sebahagian daripada gaya JD Sports.

Selain kasut, Bloom Pack turut merangkumi koleksi pakaian dan aksesori eksklusif yang boleh digayakan bersama untuk melengkapkan penampilan.

Gabungan ini menawarkan pilihan kepada mereka yang gemarkan gaya kasual dengan sentuhan feminin.

Sempena pelancaran Bloom Pack, JD Sports Malaysia akan mengadakan aktiviti khas di cawangannya di Pavilion Kuala Lumpur dari 5 hingga 8 November 2026.

Pengunjung berpeluang melihat koleksi berkenaan dengan lebih dekat serta menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Bagi yang berminat, PUMA x JD Sports Bloom Pack, termasuk kasut Speedcat OG, Speedcat Ballet Nova dan Bella UT serta pakaian dan aksesori, boleh didapati mulai 2 November 2026.

Pembelian boleh dibuat menerusi cawangan JD Sports di Malaysia atau laman web rasmi jdsports.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd