Pusat Perubatan Sunway Velocity Memperkenalkan ‘Cermin Strok’ Pertama Di Malaysia

November 3, 2026
Kesihatan

Lina Rosli

Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) memperkenalkan ‘Cermin Strok’ pendidikan pertama di Malaysia menerusi inisiatif Brain for Life: The Ultimate Mind & Motion Experience.

Menurut SMCV, inisiatif ini bertujuan membantu orang ramai mengenali simptom strok dan memahami kepentingan mendapatkan rawatan dengan segera.

Berdasarkan Laporan Daftar Strok Kebangsaan Malaysia 2017–2024, hanya 36.3% pesakit strok iskemia tiba di hospital dalam tempoh 4.5 jam selepas simptom bermula.

Untuk pengetahuan anda, kelewatan ini antara cabaran dalam rawatan strok, khususnya apabila pesakit atau ahli keluarga tidak menyedari tanda-tanda yang berlaku.

Pakar menjelaskan yang mana strok merupakan kecemasan perubatan yang memerlukan tindakan segera. Hampir dua juta neuron boleh musnah setiap minit apabila rawatan tertangguh.

Antara tanda yang perlu diberi perhatian termasuklah:

  • muka herot
  • kelemahan pada sebelah lengan
  • pertuturan tidak jelas

Orang ramai turut digalakkan mengingati kaedah BE FAST untuk mengenal pasti simptom strok, iaitu:

  • Balance (hilang keseimbangan)
  • Eyes (gangguan penglihatan)
  • Face (muka herot)
  • Arms (kelemahan lengan)
  • Speech (pertuturan tidak jelas)
  • Time (segera menghubungi perkhidmatan kecemasan)

Dengan adanya inisiatif ini, ia sedikit sebanyak membantu usaha SMCV untuk meningkatkan kesedaran mengenai strok dan menggalakkan masyarakat mengambil langkah lebih awal dalam menjaga kesihatan otak.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd