Mercedes-Benz C 300 4MATIC Electric AMG Line Plus Ditawarkan Pada Harga RM360,888

November 4, 2026
Advertorial

Bat


Mercedes-Benz Malaysia kini memperkenalkan all-new Mercedes-Benz C 300 4MATIC Electric AMG Line Plus, model elektrik terbaharu yang menggabungkan teknologi pintar, prestasi dan keselesaan untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Model ini membawa identiti klasik C-Class ke era elektrik dengan penampilan lebih sporty, ruang kabin yang selesa serta sistem digital terkini menerusi Mercedes-Benz Operating System (MB.OS).

Antara tarikan utama model ini ialah jarak pemanduan sehingga 690 kilometer mengikut piawaian WLTP. Ia turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 320 kW. Dalam keadaan ideal, pengecasan selama 10 minit mampu menambah jarak perjalanan sekitar 290 kilometer.

Dari segi prestasi, model ini menggunakan sistem pacuan semua roda (4MATIC) dengan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa sebanyak 310 kW (421 hp) dan tork maksimum 800 Nm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.5 saat.

Selain prestasi, model ini turut memperkenalkan Mercedes-Benz Operating System (MB.OS), iaitu sistem operasi yang menghubungkan pelbagai fungsi kenderaan dalam satu ekosistem pintar.

Menerusi sistem ini, pemandu boleh mengakses fungsi hiburan, navigasi, pengecasan dan kawalan keselesaan dengan lebih mudah. Ia turut dilengkapi pembantu maya MBUX yang menggunakan teknologi AI untuk memahami arahan suara dan membolehkan pemandu berinteraksi secara lebih semula jadi. Sistem ini juga menyokong kemas kini perisian secara over-the-air (OTA), tanpa perlu membawa kenderaan ke pusat servis.

Dari segi reka bentuk, model ini menampilkan penampilan lebih sporty menerusi siluet ala coupé, gril hadapan ikonik Mercedes-Benz serta lampu belakang dengan rekaan bercirikan bintang. 

Menariknya, model ini turut dilengkapi SKY CONTROL panoramic roof dengan kaca boleh malap yang menampilkan 162 bintang bercahaya. Bumbung panoramik ini boleh ditukar daripada keadaan lutsinar kepada legap dalam masa beberapa milisaat.

Dari segi ruang penyimpanan, model ini menyediakan kapasiti but sebanyak 470 liter- membolehkan pengguna menyimpan pelbagai barangan, termasuk bagasi dan peralatan sukan.

Di Malaysia, Mercedes-Benz C 300 4MATIC Electric AMG Line Plus ni ditawarkan pada harga bermula RM360,888, atau menerusi bayaran bulanan daripada RM3,988 dengan pelan Agility+ oleh Mercedes-Benz.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd