ASICS Buka Kedai Pertama Di Sabah, Kini Miliki 16 Cawangan Di Malaysia
Lina Rosli
Kini, ASICS Malaysia telahpun memperluaskan kehadirannya ke Sabah menerusi pembukaan kedai fizikal pertama jenama mereka di Kota Kinabalu – terletak di Imago Shopping Mall.
Dengan kehadiran pembukaan kedai baharu ini, ia membolehkan pelanggan di Sabah mendapatkan bariasan produk kegemaran mereka tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada pembelian atas talian atau saluran runcit lain.

Menurut ASICS, kedai seluas 176 kaki persegi ini menawarkan pilihan produk untuk lelaki dan wanita. Ia turut menyediakan ruang khas untuk pelanggan melihat dan membandingkan kasut larian ASICS, selain mendapatkan bantuan kakitangan bagi mencari saiz serta kasut yang sesuai dengan keperluan masing-masing.
Selain rangkaian kasut dan pakaian sukan sedia ada, pelanggan juga boleh mendapatkan koleksi terbaharu RISE & SHINE yang diinspirasikan daripada perubahan warna langit ketika matahari terbit.

Koleksi ini menampilkan gabungan warna daripada tona lembut waktu subuh hingga warna lebih terang seperti cahaya siang.
Ia merangkumi kasut larian seperti NOVABLAST 6, GEL-NIMBUS 28 dan GEL-KAYANO 33, bersama pilihan pakaian sukan yang sepadan.

Dalam perkembangan sama, ASICS Malaysia turut membuka sebuah lagi kedai baharu di 118 Mall, pusat beli-belah yang terletak di kompleks Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Dengan pembukaan kedua-dua lokasi baharu ini, ASICS Malaysia kini mempunyai sebanyak 16 kedai di seluruh negara.

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk keperluan anda, pembelian barangan di kedai di Imago Shopping Mall turut disertakan dengan tawaran bandana ASICS percuma bagi setiap pembelian kasut.
Sementara itu, pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 di cawangan 118 Mall boleh menerima beg ASICS secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai ASICS, pelanggan boleh mengunjungi laman web rasmi ASICS Malaysia atau mengikuti akaun Facebook dan Instagram jenama tersebut.