Xiaomi Memperkenalkan Barisan Kelengkapan Rumah Pintar Baharu Menerusi Jenama Mijia

November 18, 2026
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Xiaomi memperluas rangkaian peralatan rumah pintarnya di Malaysia dengan memperkenalkan beberapa produk baharu di bawah jenama Mijia.

Antara produk yang diumumkan termasuk mesin basuh dan pengering, peti sejuk, vakum tanpa wayar serta vakum khas untuk kereta.

Mesin Basuh Tiga Dram Dan Peti Sejuk Pintar

Antara produk utama yang diperkenalkan ialah Mijia Tri-Drum Washer Dryer Pro 14.5kg yang dilengkapi tiga dram berasingan.

Reka bentuk ini membolehkan pakaian dewasa, kanak-kanak dan fabrik berbeza dicuci secara berasingan. Xiaomi turut menyatakan penggunaan ketiga-tiga dram secara serentak boleh menjimatkan sehingga 48% air, 49% tenaga dan 68% masa berbanding tiga kitaran cucian berasingan.

Selain itu, Mijia Refrigerator Pro Multi-Door 560L hadir dengan kapasiti penyimpanan 560 liter dan sistem pembuatan ais automatik yang boleh menyimpan sehingga 140 ketul ais.

Pengguna juga boleh mengawal tetapan suhu, menjadualkan pembuatan ais dan menerima peringatan melalui aplikasi Xiaomi Home.

Vakum Baharu Untuk Kegunaan Rumah Dan Kereta

Untuk pembersihan rumah, Xiaomi memperkenalkan Mijia Vacuum Cleaner 4 Max dengan kuasa sedutan sehingga 280AW.

Ia turut dilengkapi sistem pengesanan habuk menggunakan cahaya biru serta stesen 4-dalam-1 yang boleh mengosongkan bekas habuk secara automatik.

Turut diperkenalkan ialah Mijia Wireless Wet Dry Vacuum 5 Pro yang menawarkan kuasa sedutan 26,000Pa dan fungsi pembersihan menggunakan wap bersuhu sehingga 160°C.

Sementara itu, Mijia Car Vacuum Cleaner hadir dengan kuasa sedutan sehingga 23,000Pa, reka bentuk kompak dan beberapa aksesori untuk membersihkan ruang kereta serta kawasan yang sukar dicapai.

Dari segi harga, Mijia Car Vacuum Cleaner kini boleh dibeli pada harga promosi RM319. Manakala untuk Mijia Wireless Wet Dry Vacuum 5 Pro pula akan mula dijual pada 24 November 2026 pada harga RM1,919.

ProdukHarga PromosiKetersediaan
Mijia Car Vacuum CleanerRM319Kini tersedia
Mijia Wireless Wet Dry Vacuum 5 ProRM1,91924 November 2026
Mijia Tri-Drum Washer Dryer Pro 14.5kgAkan diumumkanDisember 2026
Mijia Refrigerator Pro Multi-Door 560LAkan diumumkanDisember 2026
Mijia Vacuum Cleaner 4 MaxAkan diumumkanAkan diumumkan

Selain produk di atas, Xiaomi turut menyenaraikan beberapa peranti lain dalam rangkaian rumah pintarnya, termasuk Mijia Air Conditioner Eco 4-Star Inverter 2.0HP serta Xiaomi Robot Vacuum S60 dan S60+.

Kedua-dua model robot vakum ini menawarkan kuasa sedutan sehingga 28,000Pa, fungsi mop getaran sonik dan teknologi mengurangkan rambut daripada tersangkut.

Produk yang telah mula dijual boleh didapati menerusi Xiaomi Store, laman rasmi mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Maklumat lanjut mengenai tarikh jualan produk lain akan diumumkan kelak.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd