UNIQLO Thank You Festival Kembali 27 November Ini

November 20, 2026
Fesyen

Lina Rosli

UNIQLO Malaysia bakal menganjurkan semula kempen Thank You Festival bermula 27 November hingga 3 Disember 2026.

Berlangsung selama seminggu, festival kali ini menawarkan harga istimewa untuk beberapa produk LifeWear terpilih, koleksi bermusim serta ganjaran eksklusif untuk pelanggan di semua cawangan dan platform dalam talian.

Diadakan dua kali setahun, Thank You Festival diinspirasikan daripada sambutan Kanshasai di Jepun yang menjadi tanda penghargaan UNIQLO kepada pelanggan.

Antara yang diketengahkan kali ini termasuk HEATTECH Ultra Warm, Warm Lined Pants, PUFFTECH dan Seamless Down untuk mereka yang merancang percutian ke negara sejuk pada penghujung tahun.

Koleksi ini direka untuk memberikan kehangatan dan keselesaan, selain mudah dipadankan sebagai sebahagian daripada gaya pemakaian berlapis.

UNIQLO turut mengetengahkan beberapa pilihan pakaian harian seperti UNIQLO:C Sweat Wide Pants, UNIQLO U AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-shirt, EZY Wide Straight Jeans dan EZY Ultra Stretch Jeans.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menerokai koleksi Cecilie Bahnsen terbaharu serta AIRism Hijab.

Sepanjang Thank You Festival, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit akan menerima UNIQLO Travel Tumbler secara percuma.

Tumbler ini ditawarkan dalam empat pilihan warna, termasuk peluang mendapatkan warna misteri eksklusif. Tawaran ini sah dari 27 November hingga 3 Disember 2026, selagi stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd