Xiaomi 18 Pro Max: Telefon Pintar Dengan Skrin Kedua Yang Bukan Sekadar Hiasan
Lina Rosli
Setiap hari, boleh dikatakan hampir setiap masa kita dihabiskan bersama telefon pintar. Sebaik sahaja bangun tidur, perkara pertama yang dicari ialah telefon untuk memeriksa notifikasi atau menatal media sosial.
Ketika makan, bekerja mahupun sebelum melelapkan mata pada waktu malam, telefon sentiasa berada dalam jangkauan.
Tanpa disedari, telefon pintar sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian yang sukar dipisahkan.

Sebab itu, apabila Xiaomi memperkenalkan Xiaomi 18 Pro Max dengan skrin tambahan di bahagian belakang, saya tertarik untuk melihat sejauh mana ciri ini boleh mengubah pengalaman penggunaan harian.
Back Display Bukan Sekadar Untuk Paparan Notifikasi
Perkara pertama yang membuatkan Xiaomi 18 Pro Max kelihatan berbeza ialah kehadiran Back Display berukuran 2.9 inci di bahagian belakang peranti.
Pada pandangan pertama, skrin ini mungkin kelihatan seperti sebahagian daripada modul kamera, tetapi fungsinya lebih daripada sekadar memaparkan jam atau notifikasi.

Ketika menggunakannya, saya melihat bagaimana skrin tambahan ini boleh menjadi ruang untuk mendapatkan maklumat dengan lebih pantas.
Pengguna boleh menyimpan kod QR, nota dan tangkap layar untuk dirujuk semula tanpa perlu mencari fail berkenaan dalam telefon.
Ia turut menyokong paparan maklumat seperti notifikasi, penggera, pemasa dan butiran perjalanan melalui aplikasi yang disokong.

Integrasi dengan aplikasi pihak ketiga seperti Google Maps, Google Gemini, Spotify dan YouTube Music juga memberikan lebih banyak pilihan untuk mengakses fungsi tertentu melalui skrin belakang.

Bagi saya, ciri ini berguna terutamanya apabila mahu melihat maklumat ringkas tanpa perlu mengaktifkan skrin utama setiap kali. Walaupun tidak semestinya digunakan sepanjang masa, ia memberikan satu lagi cara untuk berinteraksi dengan telefon.
Personalisasi Dengan Maskot Digital Dan Permainan Mini
Selain fungsi praktikal, Xiaomi turut memberikan perhatian kepada aspek personalisasi. Back Display boleh dihiasi dengan pelbagai pilihan latar belakang, termasuk rekaan yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Satu lagi ciri menarik ialah kehadiran pilihan haiwan peliharaan digital.

Pengguna boleh memilih maskot mengikut citarasa masing-masing untuk menjadikan paparan belakang telefon kelihatan lebih menarik dan mempunyai identiti tersendiri.
Saya melihat pendekatan ini sebagai satu cara Xiaomi memberikan lebih banyak ruang kepada pengguna untuk menyesuaikan peranti.

Jika sebelum ini kita hanya mengubah latar belakang dan tema pada skrin utama, kini bahagian belakang telefon juga boleh dihias mengikut personaliti sendiri.
Untuk mengisi masa lapang, terdapat juga beberapa permainan mini seperti Seal Drummer, Keycap Press, Nut Cracker dan Spin The Ball.

Walaupun permainan ini lebih kepada hiburan ringkas, ia memberikan pengalaman interaktif yang berbeza daripada penggunaan telefon biasa.
Lebih menarik, pengguna boleh menghasilkan aplikasi mini dan permainan sendiri menggunakan arahan teks melalui AI.

Contohnya, pengguna boleh meminta sistem menghasilkan pemasa produktiviti, peringatan senaman atau latar belakang interaktif mengikut keperluan.

Kamera Leica 200MP Untuk Merakam Momen Harian
Beralih kepada fotografi, Xiaomi 18 Pro Max dilengkapi sistem tiga kamera belakang hasil kerjasama dengan Leica.
Kamera utamanya menggunakan sensor Light Fusion 960 beresolusi 200MP bersama sokongan penstabilan imej optikal (OIS), manakala kamera telefoto periskop turut menawarkan resolusi 200MP.

Sepanjang menggunakan telefon ini, saya banyak mencuba pilihan panjang fokus 23mm, 46mm dan 150mm untuk merakam pelbagai situasi.
Pada 23mm, saya lebih gemar menggunakannya untuk mengambil gambar pemandangan, suasana kafe dan OOTD kerana ia memberikan sudut pandangan yang lebih luas.




Apabila beralih kepada 46mm, komposisi gambar menjadi lebih dekat dengan subjek dan sesuai untuk merakam makanan, objek atau potret tanpa terlalu banyak elemen di sekeliling.


Sementara itu, pilihan 150mm memberikan perspektif berbeza apabila ingin merakam subjek dari jarak lebih jauh.
Saya boleh mendapatkan komposisi yang lebih rapat tanpa perlu menghampiri subjek secara fizikal. Pilihan ini juga menarik untuk fotografi potret atau ketika mahu memberikan lebih tumpuan kepada sesuatu objek.

Selain itu, kamera telefoto periskop ini turut menyokong fotografi makro 200MP untuk merakam objek kecil dengan lebih terperinci.
Untuk mendapatkan sudut yang lebih luas, Xiaomi 18 Pro Max turut dilengkapi kamera ultra lebar Leica 50MP dengan sudut pandangan 102 darjah.

Selain pilihan kamera, saya turut mencuba beberapa ciri fotografi yang disediakan Xiaomi seperti gaya warna ikonik CCD dan juga mode Photobooth.
Apa yang menarik, penuras ini sesuai untuk mereka yang menyukai hasil fotografi dengan elemen lebih ceria – boleh digunakan mengikut suasana dan subjek yang dirakam.


Pengguna juga boleh menyesuaikan tetapan penuras atau mengimport penuras sendiri untuk mendapatkan hasil yang lebih dekat dengan gaya fotografi pilihan.
Gunakan Kamera Belakang Untuk Mengambil Swafoto
Satu lagi perkara menarik tentang Back Display ialah ia memudahkan saya mengambil swafoto menggunakan kamera belakang 200MP.

Sebelum ini, apabila menggunakan kamera utama untuk mengambil swafoto, saya perlu mengagak kedudukan wajah dan komposisi gambar kerana tidak dapat melihat paparan kamera secara langsung.
Dengan adanya skrin tambahan ini, saya boleh melihat kedudukan diri sendiri terlebih dahulu sebelum mula merakam.

Ini juga memudahkan saya mengambil gambar OOTD kerana lebih mudah melihat keseluruhan komposisi sebelum gambar dirakam.
Fungsi ini turut membantu ketika mengambil gambar berkumpulan.

Prestasi Mercu Dengan Bateri 7,050mAh
Dari segi prestasi, Xiaomi 18 Pro Max dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 berasaskan teknologi pemprosesan 2nm.
Gabungan ini menjadi asas kepada pengalaman penggunaan yang mercu, termasuk ketika menjalankan pelbagai aplikasi, bermain permainan mudah alih dan melakukan tugasan yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi.

Telefon ini hadir dengan skrin utama M11 LTPO AMOLED berukuran 6.9 inci dengan bezel ultra nipis 0.99mm yang menyokong kadar segar semula adaptif antara 1Hz hingga 120Hz.
Dengan paparan skrin yang besar, Xiaomi 18 Pro Max memberikan ruang yang lebih selesa untuk saya menikmati pelbagai kandungan pada telefon.

Antaranya ketika membaca artikel, menyemak dokumen kerja atau menonton drama C-drama pada waktu lapang.
Saiz skrin yang besar menjadikan paparan lebih memuaskan, terutama ketika menonton episod drama yang mempunyai banyak babak dan sari kata.

Bahagian hadapan dilindungi Xiaomi Shield Glass 3.0, manakala penarafan IP68 memberikan perlindungan daripada habuk dan air.
Untuk menyokong penggunaan sepanjang hari, Xiaomi 18 Pro Max dilengkapi bateri Xiaomi silicon-carbon berkapasiti 7,050mAh.
Ia turut menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Apabila bateri perlu dicas semula, sokongan pengecasan pantas juga membantu mengurangkan masa menunggu.
Xiaomi 18 Pro Max turut menjalankan HyperOS 4 yang melengkapkan pengalaman penggunaan menerusi ekosistem perisian Xiaomi.
Xiaomi 18 Pro Max: Lebih Daripada Sekadar Telefon Mercu
Secara keseluruhan, Xiaomi 18 Pro Max menawarkan pengalaman telefon pintar mercu yang mempunyai identiti tersendiri menerusi kehadiran Back Display.
Selepas mencubanya, saya melihat skrin tambahan ini sebagai antara ciri paling menarik kerana fungsinya bukan terhad kepada paparan jam atau notifikasi semata-mata.

Gabungan kamera Leica dengan sensor 200MP, cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin utama 6.9 inci dan bateri 7,050mAh pula melengkapkan pakej yang ditawarkan.
Bagi pengguna yang mengutamakan fotografi, paparan besar, kapasiti bateri tinggi dan ciri yang memberikan kelainan dalam penggunaan harian.

Bagi anda yang berminat, Xiaomi 18 Pro Max ditawarkan di Malaysia dalam empat pilihan warna iaitu Velvet Red, Cosmic Blue, White dan Black.
Harga jualan bagi Xiaomi 18 Pro Max bermula RM5,999. Model ini didapati dalam pilihan storan 256GB dan 512GB.

Bagi pembelian semasa tempoh prapesanan dari 18 hingga 26 November 2026, pengguna boleh menikmati potongan harga sehingga RM500 bergantung pada model dan varian.
Pembeli turut menerima Xiaomi Watch S5 bernilai RM799 secara percuma, selain manfaat penggantian skrin, bateri atau komponen terpilih serta perkhidmatan waranti antarabangsa Xiaomi.
Hadiah percuma tertakluk pada stok yang masih tersedia. Untuk maklumat lanjut atau pembelian, layari laman rasmi mi.com atau kunjungi Xiaomi Store, Shopee dan Lazada.
Penafian: Ini adalah artikel advertorial dari Xiaomi Malaysia.