Dr. Morita Memperkenalkan Tiga Pupur Wajah Baharu Untuk Keperluan Kulit Berbeza

November 23, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Dr. Morita memperkenalkan tiga pupur wajah (sheet mask) baharu yang dirumus untuk memenuhi keperluan kulit berbeza, termasuk kulit yang menunjukkan tanda-tanda penuaan, mudah mengalami kemerahan serta mengalami masalah kekeringan.

Tiga produk tersebut ialah PDRN Exosome Repairing Facial Mask, Soothing of Skin Redness Mask dan Skin Hydration & Recovery Mask.

Kesemuanya dirumus sebagai pelengkap kepada rutin penjagaan kulit harian atau selepas rawatan wajah, dengan fokus terhadap kelembapan, keselesaan dan pemulihan kulit.

Untuk pupur wajah PDRN Exosome Repairing Facial Mask, ia direka untuk kulit yang mula menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus serta kehilangan keanjalan.

Formulasinya menggabungkan PDRN daripada sumber salmon, eksosom susu dan kolagen terhidrolisis dari Jepun bagi membantu mengekalkan kelembapan serta menjadikan kulit terasa lebih lembut dan anjal.

Manakala Soothing of Skin Redness Mask pula sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif – yang mana mudah mengalami kemerahan. Menerusi pupur wajah ini, ia menggabungkan ekstrak akar Boerhavia diffusa, dipotassium glycyrrhizate dan allantoin.

Gabungan bahan tersebut membantu menenangkan kulit, mengurangkan ketidakselesaan serta mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit.

Formulasinya turut diperkaya dengan ekstrak rumpai laut, bunga daylily dan beras perang bercambah dari Hokkaido bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Sementara itu, Skin Hydration & Recovery Mask memberi tumpuan kepada kulit kering dan dehidrasi, termasuk kulit sensitif yang terasa tegang.

Ia mengandungi squalane berasaskan tumbuhan untuk membantu mengekalkan kelembapan, arginine bagi memperbaiki tekstur kulit serta kolagen terhidrolisis untuk memberikan kelembapan tambahan.

Ketiga-tiga pupur wajah ini ini turut menggunakan formulasi 8-Free serta diperkaya dengan vitamin B5 dan tiga jenis asid hialuronik bagi membantu mengekalkan kelembapan dan keselesaan kulit.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Dr. Morita PDRN Exosome Repairing Facial Mask, Soothing of Skin Redness Mask dan Skin Hydration & Recovery Mask, kesemua pupur wajah ini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Guardian di seluruh negara. Setiap kotak dijual pada harga RM35.90.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd