Bath & Body Works Menampilkan Koleksi Wangian Holiday 2026

November 23, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Bath & Body Works memperkenalkan koleksi wangian Holiday 2026 yang menampilkan pilihan wangian untuk tubuh dan kediaman, termasuk beberapa rangkaian popular yang kembali ditawarkan sempena musim perayaan hujung tahun.

Antara wangian utama yang diketengahkan ialah Winter Candy Apple, Vanilla Bean Noel, Twisted Peppermint dan Bright Christmas Morning.

Keempat-empatnya merupakan sebahagian daripada Holiday Traditions Collection yang membawakan pilihan aroma berbeza untuk melengkapkan suasana hujung tahun.

Selain rangkaian tersebut, Bath & Body Works turut bakal memperkenalkan The Reserve Collection kira-kira seminggu sebelum Black Friday.

Koleksi wangian kediaman mercu ini merangkumi lilin empat sumbu, semburan ruang dan penyebar wangian dengan pilihan aroma yang direka untuk memenuhi ruang kediaman.

Bagi produk The Reserve Collection, ia ditawarkan pada harga bermula daripada RM45.

Bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan hadiah, Bath & Body Works turut menyediakan ruang khas di kedai yang menghimpunkan pelbagai idea pemberian mengikut pilihan dan keperluan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan koleksi Holiday 2026 ini di rangkaian Bath & Body Works. Layari juga laman rasmi Bath & Body Works Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd