Kunjungi Ke Pesta Kopi By The Lake & Botanica Pada 10-11 September 2022

September 8, 2022
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Pada 10 dan 11 September 2022, Tempatan Fest bersama-sama dengan Sapura Bluedome Mines akan mengadakan acara Pesta Kopi By The Lake & Botanica yang bertempat di Sapura Bluedome Mines, Seri Kembangan.

Apa yang menarik mengenai Pesta Kopi By The Lake & Botanica ini, ia tidak hanya tertumpu kepada jualan dan penyediaan kopi sahaja, tetapi mereka juga turut menganjurkan pelbagai aktiviti lain yang akan memeriahkan lagi pesta berkenaan seperti:

  • Pertandingan Papan Selaju (Skateboard)
  • Bengkel Perkusi Kandora (Kandora Percussion Workshop)
  • Zon Permainan
  • Perjumpaan Kelab Motor & Kereta
  • Persembahan langsung Busker

Bukan itu sahaja, terdapat juga reruai yang turut akan menjual tumbuh-tumbuhan, bunga, kelengkapan pertanian khusus untuk anda yang berminat untuk melakukan dekorasi rumah menggunakan tumbuhan hijau. Antara jenama yang mengambil bahagian termasuklah Rebung Garden, Vive Venture, Tropica Treasures Garden Centre, Lover Legend Adenium dan banyak lagi.

Untuk penawaran kopi pula, anda boleh mencuba variasi jenis kopi yang ditawarkan oleh pelbagai jenama yang menyertai termasuklah Kopi Dua Darjat, Kugiran Kopi, NH Coffee Brew, The Carpenter’s Coffee, The Koofie, Osterberg dan pelbagai lagi yang lain.

Menarik bukan? Pastikan anda tidak ketinggalan dalam merasai pengalaman Pesta Kopi sambil menikmati keindahan suasana di tepi tasik yang tenang selain turut menyertai acara-acara lain yang dianjurkan.

Kunjungi ke Pesta Kopi By The Lake & Botanica pada hujung minggu ini bermula jam 11 pagi sehingga 8 malam bersama keluarga dan rakan-rakan anda bagi memeriahkan lagi acara kali ini di Sapura Bluedome Mines. Ketika acara ini juga, pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan shuttle dari LRT Sungai Besi dan KTM Serdang bagi yang memilih untuk bergerak menggunakan pengangkutan awam.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd